Khamis, 12 Januari 2023

Ronda-ronda Cari Makan - Padang Besar, Perlis.

BismillahirRahmanirRahim


Cerita balik kampung belum habis lagi. Kami mengambi kesempatan untuk berziarah ke rumah sepupu di Kuala Perlis. Pastinya kali ini agak berlainan kunjungan kami kerana insan yang kami sayangi sudah tiada lagi iaitu Almarhumah Teh, mak saudara aku.

"Kenapa semua saudara mama suka pergi tengok Tok Teh?" Pernah Saffura bertanya kepadaku kerana menjadi tradisi setiap kali raya atau balik kampung, kami akan berkunjung ke sana,

"Tok Teh ni suka tolong saudara mara dan selalu ziarah adik beradik, sebab itu orang suka. Tok Teh yang jaga awak sewaktu kecil, dua kali datang rumah kita. Kena ingat jasa Tok Teh tau." Balasku.

Sedih mendapat khabar kematian Teh sehari selepas pilihan raya. Lebih memilukan apabila Dato' Sri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10. 

Aku tidak pernah lupa pertanyaan yang kerap almarhumah lontarkan kepadaku, " Bila Anwar nak jadi perdana menteri?"

Sayang betul dia kepada tokoh politik ini. Walaupun tidak boleh membaca, dia tetap berpendirian  Anwar dianiaya.

Al-fatihah buat Teh, semoga beroleh syurga.

Dalam perjalanan kami dihubungi oleh sepupuku, Abdul Aziz yang ketika itu sedang bertugas di Padang Besar. Dia berjanji akan pulang ke Kuala Perlis sebaik kami sampai di rumah kakaknya nanti. Untuk tidak menyusahkan beliau dan kakaknya, aku terus menyatakan untuk berjumpa dia di Padang Besar sahaja memandangkan dia sedang bekerja. Lepas itu kami akan ke Kuala Perlis pula.

Aku pun dah lama tak ke sana. Teruja juga.


Sebaik sampai kami dibawa ke kedai untuk makan tengahari, tak sangka betul rezeki kami di sini. Kami serahkan kepada beliau untuk memilih menu sebab dia yang mahu belanja kami. Masakan Thai yang panas, pedas, masam dan manis memang la sedap. 

Jom tengok apa yang sedap.

Tomyam kelapa udang galah.


Tu dia isi kelapa. Telur dadar dan ada sayur kailan.

Ni aku yang pilih, huuh pedas gila.

Daging bakar menangis

Aiskrim kelapa yang sedap, kongsi sebab banyak sangat.

Lepas makan kami tengok sekitarnya, banyak yang boleh diborong. Sebab tak sangka nak ke sini jadi duit cash pun tak banyak. Beli setakat yang perlu sahaja, lagipun ramai benar pengunjungnya. Antaranya pes tomyam, bawang goreng, buah beragan dan gajus. Tak ketinggalan Miang Kam yang dipek untuk seorang makan, RM10 untuk tiga pek. Tak sempat pula ambil gambar sebab nak makan sebaik sampai di rumah.




Dalam bangunan pula.




Jem gila.

Sepupu kami Abdul Aziz bertugas menyiapkan bangunan.
Nanti dah siap bolehlah peniaga pindah dan lebih selesa.

 

29122022



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...