Isnin, 28 November 2022

Visit My Malaysia - Equine Resort Yan, Kedah.

BismillahirRahmanirRahim



Impian untuk menunggang kuda tercapai akhirnya pada bulan Ogos yang lepas. Saya pernah menunggang unta di Tunisia dan gajah di Thailand. Semuanya memberi pengalaman yang berbeza dan ada keunikannya yang tersendiri. Syukur alhamdulillah. 

Menunggang kuda memberi aura yang tersendiri di mana aku rasa tiada sewaktu berada di atas unta atau gajah (agak stress). Kuda lebih mesra rasanya dan aku mula rasa jatuh cinta menunggangnya. 

Berkenalan dengan Puan Fauziah Ismail melalui FB, asbab aku mengepos biji benih buah Roselle. Ianya membawa aku dan keluarga ke Kampung Raga, Yan setelah mengetahui beliau memiliki Homestay DPuteh dan kemudahan menunggang kuda.

Persekitaran Kampung Raga seolah mengimbau kenangan sewaktu zaman kanak-kanak. Suasana kampung seolah tidak terusik, penuh dengan pokok buah-buahan dan kawasan hutan, amat menenangkan.




Baru aku tahu rupanya Puan Fauziah Ismail ada saudara kembar iaitu Puan Faezah Ismail, pemilik Equine Resort. Selepas berkenalan dengan dua saudara kembar seiras ini, ami dibawa oleh Puan Faezah ke resortnya.

Puan Faezah (kiri) dan Puan Fauziah (kanan)

Disebabkan masa yang agak terhad, aku dan Saffura memilih pakej joyride yang menawarkan pengalaman menunggang kuda sejauh 120 meter. RM15 seorang. Pakej lain ialah trail joyride yang memakan masa selama 1/2 jam, pusing sekitar kampung. Jika mahu mahir, anda perlu menginap di homestay yang bersebelahan sahaja dengan kandang kuda.
Kandang kuda,belakang tu Gunung Jerai.


Jom, dah tak sabar ni.


Rumah kuda

Kena naik tangga.

Tu haah homestaynya.


Joanna yang smart

Giliran Saffura pula

Best!

Bergambar selepas menunggang kuda dengan Puan Faezah.

Ada mini zoo aktiviti memanah.

Selepas selesai urusan di Equine Resort, kami dibawa ke perkarangan rumah mereka berdua. Dapatlah berkenalan dengan lebih dekat. Yang menariknya ialah cerita tentang anak Puan Fauziah Ismail yang bekerja di Omura, New Zealand. Beliau sedang bercuti di kampung dan akan kembali tidak lama lagi. Sudah mendapat kerakyatan negara tersebut dan kami diberitahu ramai rakyat Malaysia bekerja di New Zealand.

Dua saudara kembar

Syed Sobir (kiri) yang bekerja di New Zealand

Seronok berkenalan dengan mereka berdua.

Ceeewah



 

Ahad, 27 November 2022

Majlis Konvokesyen KPTM.

 BismillahirRahmanirRahim


Alhamdulillah selesai sudah debaran untuk Majlis Konvokesyen Kolej Polytech Mara bertarikh 7 November 2022 (Isnin) yang berlangsung di PICC, Putrajaya. 

Kini Saffura sudah memiliki Diploma In Business Management, tahniah! 

Menyorot kembali zaman persekolahannya:

1.Tadika di Pasti Bandar Tun Hussein Onn.
2.Sekolah Rendah Islam ABIM Sungai Ramal, Kajang sehingga darjah 5 (2009 - 2013)
3.Al Alameen International School Riyadh, Arab Saudi (2013 - 2016)
4.Sri Ayesha Islamic School, Bangi dengan kelulusan IGCSE.(2016-2019)

Syukur dengan kecemerlangan yang diperolehi ditambah lagi dengan anugerah Chief Executive Officer's Special Award menjadikan majlis ini lebih bermakna. Tahniah!



Jom tengok gambar-gambar yang sempat dirakam.

Bergambar sebelum masuk ke dewan.

Berdebar menanti.
   
Menanti ketibaan tetamu k.

Graduan sedang masuk ke dalam dewan.

Tu haah Saffura sedang bergerak ke tempat duduk.

Menanti giliran.

Letih menanti, maklumlah 4 jam kat dalam dewan.

Giliran Saffura.

Majlis berakhir sekitar jam 12:00, kami terus bergambar buat kenangan di studio yang telah disediakan di perkarangan PICC. Kemudian sesi bergambar di sekitar Putrajaya. Turut sama ialah sahabat Saffura semasa di Sri Ayesha, Aishah. Bersamanya tiga jambangan bunga sebagai ucapan tahniah. Satu daripada Aishah sendiri, dua lagi kiriman Maryam Jamilah yang kini sedang belajar di Amerika Syarikat dan Maisarah yang sedang mengikuti pengajian di Scotland.

Aishah turut sama bergambar. 

Sekitar Masjid Besi.






Sekitar Dataran Putrajaya







Semoga terus cemerlang di peringkat ijazah, insya-Allah.












Rabu, 23 November 2022

Visit My Malaysia - Secret Garden, Putrajaya.

 BismillahirRahmanirRahim



Rakyat Malaysia di seluruh negara masih tidak keruan menanti pengumuman Perdana Menteri yang ke-10. Sudah masuk hari kelima, masih tidak nampak jalan penyelesaiannya. Kasihan rakyat yang bersusah payah keluar mengundi pada 19 November 2022 namun kini terpaksa menanti. KakJee pulang ke Melaka untuk mengundi, jauh juga tu.

Jangan stresskan diri, jom tenangkan minda denga berkunjung ke Taman Rahsia yang terletak di Taman Putra Perdana, Presint 1. Pasti relaks. 



















Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...