Rabu, 26 Julai 2023

Jom Naik ETS

BismillahirRahmanirRahim




Minggu lepas (17 Julai 2023) saya balik kampung di utara tanah air dengan menaiki ETS. Pengalaman pertama pada tahun 2016. Untuk kali kedua ni, saya ambil kelas bisnes yang berharga RM145 seorang. Tiket kelas ekonomi RM79.00.

Puas hati sungguh, tempat duduknya luas dan selesa. Ada makan tengahari, lebih kurang setengah jam selepas naik ETS pada pukul 11:00 pagi. Petang pula ada sandwic beserta kopi/teh.

Kita juga boleh membuat pesanan dari tempat duduk untuk memesan makanan atau minuman dari Cafe. Pesanan tersebut akan dihantar ke tempat duduk kita.

Tak perlu merayap ke coach C untuk membeli.

4 jam perjalanan dari KL Sentral ke Bukit Mertajam terasa begitu cepat. Suasana begitu selesa dan tenang tanpa kesesakan lalu lintas jika berkereta.

Menariknya, setiap coach boleh dikatakan penuh dengan penumpang walhal bukan hari cuti sekolah. Kebanyakannya membawa bagasi yang besar-besar, rasanya ramai dari KLIA dan balik ke rumah menaiki  ETS. Pelancong dari negara luar pun ramai.

Rasa begitu relaks sambil menikmati pemandangan penuh kehijauan sepanjang perjalanan. Paling best sewaktu melintas Tasik Bukit Merah yang terletak di antara stesen Taiping dan Parit Buntar. 



Tempat menanti untuk  kelas ekonomi sebelum ke platform.

Pemegang tiket kelas bisnes, ada ruang menanti khas iaitu Ruby Lounge.

Menanti tren di ruang yang sangat selesa.

Tiba masa untuk ke platform dengan lif.

Jom kita.

Sejuk juga, suhu di Coach A mencecah 22 darjah celcius.

Boleh charge hp atau laptop di tempat duduk.

Laluan ETS dari KL Sentral ke Bukit Mertajam.

Lunch selepas 30 minit bergerak, sedap!

Cenderahati pun ada.

Skrin untuk order makanan/minuman dari cafe. Ianya akan dihantar ke
tempat duduk kita.

Macam kat dalam kapal terbang pulak!

Peneman saya, Fatihah dan Saffura.

Minum petang juga disediakan.

Surau kecil yang selesa di Coach C.

Tandas di sebelah surau.

Cafe tak jauh dari surau.

Tempat simpan bagasi.

Melalui Tasik Bukit Merah.

Bersedia untuk turun apabila pengumuman dibuat.

Dah sampai ke BM.


Best ETS.




 

Jumaat, 14 Julai 2023

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023



BismillahirRahmanirRahim


PBAKL23 sudah lebih sebulan berlalu namun kehangatannya masih terasa. Maklumlah buku-buku yag telah diborong sewaktu pesta tersebut belum sempat habis dibaca. Keghairahan untuk kembali berkarya masih belum menjelma.

Sewaktu PBAKL23 berlansung pada tahun ini, aku kurang sihat. Hanya mampu berkunjung ke pesta tersebut pada hari pertama sahaja iaitu bertarikh 26 Mei 2023. Aku gagahi juga untuk ke sana bagi menyokong pemilik Reruai Kasi Terbit yang membawa buku-buku travelog Fauziah Abdul Hamid untuk dijual.




Sedih juga apabila terpaksa menolak jemputan untuk acara Meet and Greet yang diadakan khas untuk penulis bertemu dengan peminat buku.

Aku hanya mampu bertahan sehingga waktu tengahari untuk berada di reruai. Bilangan pengunjung pada waktu tersebut tidak ramai. Mujur ada juga yang mahu membeli bukuku.




CEO Kasi Terbit, Rohaniah Noor


Ustaz Syukur Sapuan pemilik Celik Quran turut membeli dua buku ini.

Buku travelog aku juga ada dijual di dua reruai lagi. iaitu Reruai MPH Bookstore di Dewan Tun Razak dan Booth NAQ ( 3179, 3180, 3201, 3202)

Semoga ada rezeki dan sihat untuk turut serta dalam pesta buku paling berprestij tanah air ini pada tahun hadapan. Insya-Allah.

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...