Minggu lepas (17 Julai 2023) saya balik kampung di utara tanah air dengan menaiki ETS. Pengalaman pertama pada tahun 2016. Untuk kali kedua ni, saya ambil kelas bisnes yang berharga RM145 seorang. Tiket kelas ekonomi RM79.00.
Puas hati sungguh, tempat duduknya luas dan selesa. Ada makan tengahari, lebih kurang setengah jam selepas naik ETS pada pukul 11:00 pagi. Petang pula ada sandwic beserta kopi/teh.
Kita juga boleh membuat pesanan dari tempat duduk untuk memesan makanan atau minuman dari Cafe. Pesanan tersebut akan dihantar ke tempat duduk kita.
Tak perlu merayap ke coach C untuk membeli.
4 jam perjalanan dari KL Sentral ke Bukit Mertajam terasa begitu cepat. Suasana begitu selesa dan tenang tanpa kesesakan lalu lintas jika berkereta.
Menariknya, setiap coach boleh dikatakan penuh dengan penumpang walhal bukan hari cuti sekolah. Kebanyakannya membawa bagasi yang besar-besar, rasanya ramai dari KLIA dan balik ke rumah menaiki ETS. Pelancong dari negara luar pun ramai.
Rasa begitu relaks sambil menikmati pemandangan penuh kehijauan sepanjang perjalanan. Paling best sewaktu melintas Tasik Bukit Merah yang terletak di antara stesen Taiping dan Parit Buntar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan