Isnin, 21 Mac 2022

Visit My Malaysia - Berkhemah di Padang Temu, Melaka.

BismillahirRahmanirRahim



Aktiviti perkhemahan dan glamping kian diminat oleh rakyat Malaysia. Kami sekeluarga pun minat juga, lalu membeli set khemah yang sesuai. Ianya mampu memuatkan sehingga 6 orang, yang penting ianya tinggi dan sesuai untuk solat di dalamnya.

Kebetulan balik bercuti ke Melaka dan seperti biasa Muara Padang Temu Homestay menjadi pilihan kami. Tak jauh dari homestay kan ada pantai, jadi kami ambil peluang untuk pasang khemah kat situ. Sajalah duduk sambil mendengar alunan ombak memecah pantai.

Pukul 8:00 pagi dah sampai kat pantai tu. Waah ada khemah askar tak jauh dari kawasan pantai. Dengar cerita, kumpulan askar ni mengawal pantai daripada dicerobohi pendatang asing. Suspen juga. Beberapa orang askar yang masih muda belia sedang mandi laut. 

Kami pun memilih kawasan yang sesuai untuk didirikan khemah. 


Dah nak siap.
Homestay kat hujung sana nun.
Okey dah siap.

Jom masuk dalam khemah

Ombak manja je.

Air pasang.
Pantai ni takde pasir, hanya kulit siput.

Sakit kaki memijaknya

Pulau terkenal di Melaka - Pulau Besar

Layan

Suami isteri nak ke laut mencari ikan

Semoga murah rezeki naa


Tak lepas peluang

Jom balik

Ni satu lagi famili nak pi memancing.

Pukul 11:00 sudah terasa bahang panas angin laut. Cukuplah untuk hari ini. Tapi memang best pengalaman pertama kali ni.

Seronok melihat ciptaan Ilahi yang indah ini. Alhamdulillah.

Jumaat, 18 Mac 2022

Wildan Homestay Nibong Tebal



BismillahirRahmanirRahim





Salam Nisfu Syaaban kawan-kawan. Didoakan agar kita semua bertemu dengan Ramadan dalam keadaan sihat untuk merebut peluang beribadah sepanjang bulan tersebut. Aamiin.

Selepas aku menerima tawaran untuk hadir dalam Program Bicara Penulis oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, sibuk lah aku mencari homestay. Asalnya nak duduk kat hotel tapi memandangkan emak mentua ada bersama, mesti kurang selesa kan. Puas juga cari homestay sekitar Alma supaya dekat dengan AEON Alma, tempat berlangsungnya Pesta Buku Pualau Pinang 2022,  tapi penuh. Tak sangka betul walhal ada jarak lebih kurang sebulan tu.

Alhamdulillah ada rezeki dapat Wildan Homestay tapi jaraknya jauh sikit iaitu lebih kurang 26 kilometer. Memandangkan kawasan tersebut adalah kampungku, maka tiada masalah langsung. Seronoknya dapat balik kampung.

Nak cerita, Wildan Homestay ni memang selesa. Terutama kemudahan di dapur. Aku sudah siap masak dan sejuk bekukan,lauk pauk. Hanya perlu masak nasi dan sayur sahaja sepanjang tinggal di situ. Kami memang mengelak untuk membeli makanan sewaktu musim pandemik ini kecuali kalau terpaksa. 

Jadi kalau kawan-kawan yang nak cari homestay sekitar USM Transkrian Nibong Tebal, MRSM Transkrian atau Stesen Keretapi Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan Pulau Pinang. Bolehlah sewan di sini.


Homestaynya.

Ruang tamu

Ruang makan

Dapur yang lengkap

Kemas

Bilik tidur

Tilam extra

Bilik tidur

Bilik tidur utama




Kemudahan yang ada






 

Sabtu, 12 Mac 2022

Bicara Penulis - Pesta Buku Pulau Pinang 2022

BismillahirRahmanirRahim



Alhamdulillah, berakhir sudah program penting lagi istimewa untuk bulan Mac 2022. Debaran yang bermula semenjak 10 Januari 2022 hilang, tarikh di mana aku dijemput secara tidak rasmi untuk hadir ke program Bicara Penulis. Ianya bersempena Pesta Buku Pulau Pinang 2022 yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP).

Aku tidak mampu untuk menolak jemputan yang belum ada tarikhnya itu. Maklumlah pihak PPAPP sudah membeli semua buku travelog yang aku hasilkan. Juga buku-buku antologi yang mana aku menjadi salah seorang pengkarya di dalamnya. Lantas aku memberanikan diri dengan bersetuju dengan jemputan tersebut dengan niat mahu berkongsi ilmu.

Namun, pegawai bernama Puan Azariah memaklumkan tarikh pesta buku tersebut belum ditetapkan lagi. Kebiasaannya adalah pada bulan April, disebabkan bulan puasa kemungkinan tarikh tersebut akan diubah. Aku pun relaks sahaja, jangkaku selepas raya la.

Pada 3 Februari, aku menerima WhatsApp dengan pemberitahuan akan tarikh pesta buku tersebut. Ianya akan berlangsung  bertarikh 1- 6 Mac 2022 di Aeon Mall Bukit Mertajam Alma.

Aku diminta memilih masa dan tarikh untuk program tersebut. 

Memandangkan aku dan keluarga dari Selangor jadi aku memilih hari Ahad jam 10:00 hingga 12:00. Peluang diambil untuk balik ke kampung berjumpa saudara-masa, jadi kami akan berada selama empat hari tiga malam. Jumaat sehingga Isnin.

Hari Sabtu, aku dan suami ke lokasi di mana berlangsungnya pesta buku tersebut. Kebetulan akan berlansung upacara perasmian oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak.

5 Mac 2022

Tempat berlandsung pesta buku.

Sempat berjumpa dengan pegawai PPAPP, Puan Liza.

Laluan VVIP

Jualan buku



Pentas utama

TYT dan isteri dah sampai


TYT orang Sungai Bakap, satu kampung la kami.


6 Mac 2022

Aku dan suami tiba di lokasi pesta buku seawal 9:00 pagi, Aeon Mall pun belum dibuka. Sebelum tu, aku dihubungi oleh Puan Azariah untuk memaklumkan program akan bermula pada pukul 10:45. Ini disebabkan Aeon Mall hanya dibuka pada pukul 10:00 pagi.

Kami disambut dengan mesra oleh beberapa pegawai PPAPP termasuk Puan Azariah. Aku duduk ditempat duduk di mana akan berlangsungnya program Bicara Penulis. Aku sudah membuat persediaan yang rapi maklumlah tiada soalan bocor. Semuanya akan disoal secara spontan oleh moderator.

Tuan moderator ialah Drs Yahya Farid bin Haji Kamaluddin,  suami kepada Pengarah PPAPP, Puan Sharimah binti Salleh. Kami saling berkenalan dan beliau lebih gemar dengan panggilan cikgu. Beliau adalah guru yang pakar dalam Bahasa Melayu di MRSM. Pernah menjadi juara pidato dan terlibat dengan pelbagai aktiviti masyarakat.

Sesi ini berlangsung selama lebih kurang 35 minit. Bagi yang berminat untuk menontonnya, sila ke FB Fauziah Abdul Hamid. Mohon maaf atas segala kekurangan. Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat untuk semua tidak kira peringkat umur.

Terima kasih Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang atas jemputan ini.

Ditemani 5 travelog. yang disusun kemas.



Cenderamata daripada Pengarah PPAPP

Buku terbaru daripada penceramah untuk PPAPP

Gambar kenangan dengan pegawai PPAPP, Puan Norlina (kiri) dan Puan Azariah (kanan)



 

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...