Salam Nisfu Syaaban kawan-kawan. Didoakan agar kita semua bertemu dengan Ramadan dalam keadaan sihat untuk merebut peluang beribadah sepanjang bulan tersebut. Aamiin.
Selepas aku menerima tawaran untuk hadir dalam Program Bicara Penulis oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, sibuk lah aku mencari homestay. Asalnya nak duduk kat hotel tapi memandangkan emak mentua ada bersama, mesti kurang selesa kan. Puas juga cari homestay sekitar Alma supaya dekat dengan AEON Alma, tempat berlangsungnya Pesta Buku Pualau Pinang 2022, tapi penuh. Tak sangka betul walhal ada jarak lebih kurang sebulan tu.
Alhamdulillah ada rezeki dapat Wildan Homestay tapi jaraknya jauh sikit iaitu lebih kurang 26 kilometer. Memandangkan kawasan tersebut adalah kampungku, maka tiada masalah langsung. Seronoknya dapat balik kampung.
Nak cerita, Wildan Homestay ni memang selesa. Terutama kemudahan di dapur. Aku sudah siap masak dan sejuk bekukan,lauk pauk. Hanya perlu masak nasi dan sayur sahaja sepanjang tinggal di situ. Kami memang mengelak untuk membeli makanan sewaktu musim pandemik ini kecuali kalau terpaksa.
Jadi kalau kawan-kawan yang nak cari homestay sekitar USM Transkrian Nibong Tebal, MRSM Transkrian atau Stesen Keretapi Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan Pulau Pinang. Bolehlah sewan di sini.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan