Alhamdulillah, berpeluang balik bercuti ke kampung selama seminggu.
Khamis (22/10/2026
Kami bertiga menaiki tren ETS (Ekpres) dari KL Sentral ke Bukit Bertajam jam 1:15 petang. Perjalanan mengambil masa sekitar 3 jam 30 minit.
 |
| Beli minuman panas di kafe selepas makan tengah hari. |
 |
| Layan kopi dengan kacang. |
 |
Ada penambahbaikan, jualan makanan ringan dan minuman ke koc. Memudahkan urusan penumpang untuk kudapan. |
Jumaat (23/10/2026)
Ziarah Kak Jamilah di kampung Sungai Acheh yang baru menjalani rawatan mata (laser). Kami membawa bersama Laksa Teluk Kecai yang dibeli oleh Abang Mat dari Kuala Kedah.
 |
| Laksa Teluk Kecai ada sambal kelapa, sedap! |
 |
| Layan suasana sekitar rumah kakak. Tiada jerebu dah! |
 |
| Seronok menikmati pemandangan sawah dan parit tali air. |
Sabtu (24/10/2026)
Awal pagi, saya masak sup tulang dan sambal ikan sardin, tidak ketinggalan sambal belacan dan ulam-ulaman ke rumah kebun Abang Mat di Sungai Rambai untuk makan tengahari. Usai makan, saya melawat kebun kecil tidak jauh dari rumah Abang Mat. Lega tengok pokok-pokok buah-buahan semakin besar dan ada yang berbuah.
 |
| Sempat trim pokok limau kasturi dan bawa balik buahnya. |
 |
| Buah ciku yang tidak pernah putus berbuah. |
 |
| Buah nangka pun ada, sebelahnya pokok sukun. |
 |
| Pokok durian |
 |
| Pokok belimbing baru nak membesar, sebelahnya pokok jambu susu. |
 |
| Pokok buah amra. |
 |
| Sungai kecil sedang diperbesarkan. |
 |
| Cantik pula, nampak bersih. |
Selepas melawat kebun, singgah makan ABC di Cabin Cafe milik sepupu di Sungai Bakap. Berpeluang berjumpa Cu Minah, adik Almarhum Ayahanda.
 |
| Hilang dahaga penat ke kebun. |
 |
| Bersama Kak Aishah dan Cu Minah. |
 |
| Kaum lelaki sedang bersantai sambil main gitar. |
Sabtu (24/10/2026)
Jam 8:30 pagi, kami berlima bertolak ke Penang dengan melalui Jambatan Sultan Abdul Halim (Jambatan kedua). Terus singgah di War Museum yang terletak di Batu Maung atas permintaan anak saudara Fitri. Hujan pula waktu itu, kami tiada pilihan dan terus masuk dengan bayaran masuk RM22.00 seorang. Tiada diskaun untuk warga emas dan OKU.
 |
| Kak Aishah dan Fitri |
 |
| Luas kawasannya |
 |
Pelbagai info ada di sini.
|
 |
| Bom tangan gergasi! |
Saya akan kongsi tentang Muzium Perang ini di lain waktu sebab terlalu banyak yang mahu dikongsi. Insya-Allah.
Puas berjalan di Muzium Perang, perut pun terasa lapar. Kami singgah makan di Teluk Kumbar untuk menikmati Mi Udang yang sedap. Tempatnya terletak berhampiran pantai dan menjadi lokasi kegemaran sewaktu belajar di USM sekitar tahun 1980an.
 |
| Kedai yang sama namun sudah bertukar milik kepada anaknya. |
 |
Hampir sangat dengan pantai.
|
 |
| Segar udangnya dan sedap rasanya. |
 |
| View pun best! |
 |
Nasi goreng kunyit pun sedap.
|
 |
| Bahagiakan Kak Sulung dan anaknya. |
 |
| Ambil gambar jap. |
 |
| Lepas makan, jalan kat jeti. |
 |
| Perahu nelayan. |
 |
| Jauh juga kami berjalan. |
 |
| Layan view. |
 |
| Tempat tidur malam ni. |
Kami menghabiskan masa dengan bersiar-siar di sekitar kawasan nelayan sementara menanti jam 3:00 petang untuk check-in di Lexis Suites tidak jauh dari kawasan tersebut.
Bersambung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan