Sabtu, 12 Mac 2022

Bicara Penulis - Pesta Buku Pulau Pinang 2022

BismillahirRahmanirRahim



Alhamdulillah, berakhir sudah program penting lagi istimewa untuk bulan Mac 2022. Debaran yang bermula semenjak 10 Januari 2022 hilang, tarikh di mana aku dijemput secara tidak rasmi untuk hadir ke program Bicara Penulis. Ianya bersempena Pesta Buku Pulau Pinang 2022 yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP).

Aku tidak mampu untuk menolak jemputan yang belum ada tarikhnya itu. Maklumlah pihak PPAPP sudah membeli semua buku travelog yang aku hasilkan. Juga buku-buku antologi yang mana aku menjadi salah seorang pengkarya di dalamnya. Lantas aku memberanikan diri dengan bersetuju dengan jemputan tersebut dengan niat mahu berkongsi ilmu.

Namun, pegawai bernama Puan Azariah memaklumkan tarikh pesta buku tersebut belum ditetapkan lagi. Kebiasaannya adalah pada bulan April, disebabkan bulan puasa kemungkinan tarikh tersebut akan diubah. Aku pun relaks sahaja, jangkaku selepas raya la.

Pada 3 Februari, aku menerima WhatsApp dengan pemberitahuan akan tarikh pesta buku tersebut. Ianya akan berlangsung  bertarikh 1- 6 Mac 2022 di Aeon Mall Bukit Mertajam Alma.

Aku diminta memilih masa dan tarikh untuk program tersebut. 

Memandangkan aku dan keluarga dari Selangor jadi aku memilih hari Ahad jam 10:00 hingga 12:00. Peluang diambil untuk balik ke kampung berjumpa saudara-masa, jadi kami akan berada selama empat hari tiga malam. Jumaat sehingga Isnin.

Hari Sabtu, aku dan suami ke lokasi di mana berlangsungnya pesta buku tersebut. Kebetulan akan berlansung upacara perasmian oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak.

5 Mac 2022

Tempat berlandsung pesta buku.

Sempat berjumpa dengan pegawai PPAPP, Puan Liza.

Laluan VVIP

Jualan buku



Pentas utama

TYT dan isteri dah sampai


TYT orang Sungai Bakap, satu kampung la kami.


6 Mac 2022

Aku dan suami tiba di lokasi pesta buku seawal 9:00 pagi, Aeon Mall pun belum dibuka. Sebelum tu, aku dihubungi oleh Puan Azariah untuk memaklumkan program akan bermula pada pukul 10:45. Ini disebabkan Aeon Mall hanya dibuka pada pukul 10:00 pagi.

Kami disambut dengan mesra oleh beberapa pegawai PPAPP termasuk Puan Azariah. Aku duduk ditempat duduk di mana akan berlangsungnya program Bicara Penulis. Aku sudah membuat persediaan yang rapi maklumlah tiada soalan bocor. Semuanya akan disoal secara spontan oleh moderator.

Tuan moderator ialah Drs Yahya Farid bin Haji Kamaluddin,  suami kepada Pengarah PPAPP, Puan Sharimah binti Salleh. Kami saling berkenalan dan beliau lebih gemar dengan panggilan cikgu. Beliau adalah guru yang pakar dalam Bahasa Melayu di MRSM. Pernah menjadi juara pidato dan terlibat dengan pelbagai aktiviti masyarakat.

Sesi ini berlangsung selama lebih kurang 35 minit. Bagi yang berminat untuk menontonnya, sila ke FB Fauziah Abdul Hamid. Mohon maaf atas segala kekurangan. Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat untuk semua tidak kira peringkat umur.

Terima kasih Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang atas jemputan ini.

Ditemani 5 travelog. yang disusun kemas.



Cenderamata daripada Pengarah PPAPP

Buku terbaru daripada penceramah untuk PPAPP

Gambar kenangan dengan pegawai PPAPP, Puan Norlina (kiri) dan Puan Azariah (kanan)



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...