Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Resepi Baklava

Dapurku D'Riyadh (183) - Baklava

Imej
Bismillahirrahmanirrahim Tazkirah Sempena Ramadhan Dalam rasa syukur dan seronok untuk beribadah di bulan Ramadhan, kita mesti berusaha untuk berhenti dari membuat dosa. Dosa yang tidak diikuti dengan bertaubat dan permohonan ampun daripada Yang Maha Pengampun menjadikan hati menjadi keras. Apabila hati keras dek kerana dosa yang bertompok dalam hati, amat sukar untuk berhenti daripada melakukan dosa dan maksiat. Untuk itu jauhi dosa besar, kawal diri dari melakukan dosa kecil kerana dosa kecil mampu membawanya kepada melakukan dosa yang lebih besar. Di bulan Ramadhan, segala penyumbang kepada dosa menjadi lemah dan kuranglah beban kita. Iblis dirantai, ramai umat Islam melakukan amal jariah, masjid-masjid penuh, lebih ramai membaca Al Quran. Dengan berpuasa, syaitan yang mengalir di dalam darah kita terus menjadi lemah. Apabila kita masih melakukan dosa kesannya adalah lebih berat. Analisis dosa-dosa yang mudah atau sering kita lakukan dan bertekad menghindarinya. Seperti...