Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Travelog Lambaian Qatar

Travelog : Lambaian Qatar (13) - Kembali Ke Riyadh

Imej
Kembali ke Riyadh Lima hari berlalu dengan begitu pantas ketika kami berada di Qatar. Pun begitu tidak semua tempat kami jejaki contohnya Dukhan yang juga terkenal dengan kawasan minyak. Terdapat trek lumba unta di dalam perjalanan ke sana. Namun kami berpuas hati kerana 10 tempat terbaik untuk dilawati di Qatar sudah kami sampai.Alhamdulillah. Kami keluar di awal pagi untuk memulakan perjalanan kembali ke Riyadh. Kami bertemu dengan kabus yang tebal secara tiba-tiba ketika melakukan pusingan di sekitar West Bay lalu kami singgah sebentar di Corniche. Kami juga sempat mencari ibu pejabat Al Jazeera namun tidak kelihatan pejabatnya kerana ditutupi kabus. Al Jazeera merupakan antara rangkaian media terbesar Arab di bawah syarikat induk Al Jazeera Satellite Network satelit milik kerajaan Qatar yang terkenal seluruh dunia Islam. Bangunan pun hilang akibat kabus Di tepi pantai sekitar Corniche Al Jazeera? Sekumpulan unta di tengah bandar, mungkin sed...

Travelog : Lambaian Qatar (12)- Jalan-jalan Di West Bay

Imej
Jalan Jalan di West Bay. Doha tidak memiliki  bentuk muka bumi secantik Muscat namun terdapat beberapa daya tarikan yang mampu menawan hati para pelancong untuk ke sini. Kemampuan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan menjadikan Doha mampu muncul sebagai sebuah kota yang mempunyai magnet yang tersendiri. Kekayaan yang dimiliki mampu menjadikan Doha sebuah bandar yang pesat membangun seperti jirannya iaitu Abu Dhabi dan Dubai. Buminya yang sebahagian besarnya dipenuhi pasir putih mampu mewujudkan persekitaran yang serba hijau. Taman-taman dibina dan dihias dengan pokok-pokok dan bunga-bunga hiasan menjadikan suasana begitu indah dipandang. Jalan-jalan juga dipenuhi dengan rumput menghijau dan bunga-bungaan.  Bangunan pencakar langit pula dibina di satu kawasan bernama West Bay yang tidak jauh dari Corniche. Tompokan bangunan tinggi yang berkumpul di satu tempat menjadikannya begitu unik dipandang. Bilangan bangunan semakin bertambah da...

Travelog : Lambaian Qatar (11) - Doha Yang Menawan Hati

Imej
Doha Yang Menawan Hati. Aspire Zone Atau juga dikenali sebagai  Doha Sports City terletak di Al Waab. Seluas 250 hektar, mempunyai pelbagai kemudahan sukan yang diwujudkan khas sempena Doha menjadi tuan rumah Sukan Asian pada tahun 2006. Di sini juga terletak bangunan tertinggi di Qatar iaitu Aspire Tower. Dari Al Wakrah kami terus menuju ke Aspire Zone kerana mahu berehat di Aspire Park. Berpandukan bangunan Aspire Tower yang berbentuk obor dan boleh dilihat dari jauh. Bangunan yang juga dikenali sebagai Khalifa Sports Tower atau Doha Olympic Tower juga popular dengan nama The Torch Doha. Mempunyai ketinggian sekitar 300 meter,  The Torch Doha yang terpisah jauh dari bangunan yang lain adalah merupakan sebuah hotel pencakar langit. Terdapat juga Education City dan Science City yang tidak sempat kami lawati. Kami hanya mencari Qatar University di malam terakhir kami di Doha. Sekadar melihat pintu pagarnya sahaja di malam yang gelap pekat. Mungkin ada rezeki di sit...