Isnin, 14 Mac 2016

Travelog : Lambaian Qatar (11) - Doha Yang Menawan Hati

Doha Yang Menawan Hati.


Aspire Zone
Atau juga dikenali sebagai  Doha Sports City terletak di Al Waab. Seluas 250 hektar, mempunyai pelbagai kemudahan sukan yang diwujudkan khas sempena Doha menjadi tuan rumah Sukan Asian pada tahun 2006. Di sini juga terletak bangunan tertinggi di Qatar iaitu Aspire Tower. Dari Al Wakrah kami terus menuju ke Aspire Zone kerana mahu berehat di Aspire Park. Berpandukan bangunan Aspire Tower yang berbentuk obor dan boleh dilihat dari jauh. Bangunan yang juga dikenali sebagai Khalifa Sports Tower atau Doha Olympic Tower juga popular dengan nama The Torch Doha. Mempunyai ketinggian sekitar 300 meter,  The Torch Doha yang terpisah jauh dari bangunan yang lain adalah merupakan sebuah hotel pencakar langit.

Terdapat juga Education City dan Science City yang tidak sempat kami lawati. Kami hanya mencari Qatar University di malam terakhir kami di Doha. Sekadar melihat pintu pagarnya sahaja di malam yang gelap pekat. Mungkin ada rezeki di situ ...maha tahu.


The Torch Doha

Jalan menuju ke Aspire Zone juga kelihatan agak menarik dengan susunan lampu-lampu yang unik bentuknya. Banyak bangunan kedai, rumah, hotel, taman dan kemudahan lain yang dirancang dengan baik pembinaanya.

Jalan ke Aspire Zone
Bangunan kedai



Aspire Park terletak di dalam Aspire Zone menyediakan taman rekreasi yang luas. Terdapat pelbagai kemudahan untuk bersukan seperti kawasan bermain bola, berjogging dan senaman ringan. Satu-satunya tasik di Doha terdapat di sini, malangnya kami tidak mampu berjalan sekelilingnya yang begitu luas. Terdapat kawasan meletak kereta berbayar namun ada juga kawasan meletak kereta secar percuma di sekeliling park tersebut. 


Ada hotel berdekatan Aspire Park

Kami hanya duduk berehat di atas rumput beralaskan karpet sambil menikmati pemandangan sekeliling yang menghijau dan bersih. Pelbagai aktiviti dilakukan oleh para pengunjung. Semakin lewat petang bilangan pengunjung semakin bertambah  dan ruang parkir mulai dipenuhi kereta.


Menyegarkan mata


Sesuai untuk semua

Perawanan bola tampar sedang berlangsung

Ada juga kawasan khas untuk aktiviti yang lebih privasi tetapi perlu ditempah dahulu


Alat senaman ringan yang menarik

Menarik untuk dicuba

Turut mencuba

Fanar, Qatar Islamic Cultural Centre.
Bangunan yang memiliki menara yang unik ini menjadi tanda tanya ramai kerana bentuknya seolah sebuah masjid. Terletak di Doha Corniche dan berada di seberang jalan dari Souq Waqif. Kami memasuki bangunan tersebut untuk mengetahui apa yang ada di dalamnya. Sekeliling bangunan adalah ruang-ruang kedai dan bank. Mempunyai galeri yang menempatkan pelbagai info berkaitan Islam yang dipaparkan di dinding. Galeri yang terletak di tingkat bawah ini juga mempunyai ruang yang dipenuhi dengan kemudahan kerusi meja. Walaupun pada waktu malam kelihatan ada yang masih duduk berbincang di ruang tersebut. Ada seorang lelaki berumur berbangsa Cina sedang menerangkan sesuatu dengan serius kepada seorang wanita berbangsa Filipina. Aku terdengar perbualan mereka berkisar hal ehwal berkaitan dengan Islam. Seolah seorang ustaz sedang berdakwah. Di tingkat satu terdapat ruang solat untuk lelaki. Pusat Islam ini turut menyediakan kemudahan untuk mempelajari Bahasa Arab dan Islam, juga turut mempunyai kemudahan perpusatakaan.






Antara info yang dipamerkan diruang galeri Fanar.



The Pearl Qatar
Kami tersesat di kawasan perumahan mewah yang terletak tidak jauh dari pusat bandar Doha. Terletak di sebuah pulau buatan, ianya dilengkapi dengan vila peribadi, apartmen mewah dan pent house dengan reka bentuk yang tersendiri dan moden. Juga hotel, restoran dan pusat membeli belah yang dikategorikan sebagai mewah. Puas kami menjamu mata melihat vila mewah yang kebanyakannya dibina berhampiran pantai. Kebanyakannya lebih sesuai dipanggil istana kecil kerana saiznya yang besar dan reka bentuk yang menarik. Malangnya gambar-gambar yang diambil tidak menjadi dan tidak boleh pula dilihat untuk dikongsi si sini. Seolah berada di negara Barat kerana ciri-ciri yang terdapat pada kebanyakan reka bentuknya serta susunan gaya persembahan bangunan dan tamannya. 

Tanah di The Pearl ini boleh dimiliki oleh warga asing. Jadi tidak hairan jika kelihatan warga berkulit putih berjogging di sekitar taman yang terdapat di setiap precint dengan ditemani anjing masing-masing. Terdapat juga marina namun suamiku tidak berhasrat untuk singgah melihatnya. Kebanyakan bangunan memiliki ciri Arab, Mediteranean dan Eropah. Restoran yang kelihatan dari jalan raya juga menawarkan hidangan berciti antara bangsa.








The Pearl dilihat dari Katara Beach













Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...