Selasa, 22 Mac 2016

Dapurku D'Riyadh (145) - Rotiboy @ Coffee Bun



Bismillahirrahmanirrahim

Seminggu aku tidak menulis sebarang entri di dalam blog, rindu pula rasanya. Ada beberapa resepi yang sudah dicuba tidak sempat dimuatkan di dalam blog ini kerana kesibukan membuat bekalan untuk dibawa ketika bercuti di Kuwait. Setelah kembali dari bercuti di Kuwait, aku masih lagi di dalam keletihan. Pun begitu terasa puas kerana kembara ke Kuwait lebih kepada menyambung tali persaudaraan. Semuanya akan aku ceritakan di dalam Travelog berikutnya.

Terus terang aku tidak pernah makan Rotiboy. Aku masih ingat kakak aku yang bernama Aishah amat menggemari Rotiboy. Biasanya dia akan membelinya di KLCC jika datang ke Kuala Lumpur. Pn Siti Rahamah Mohd Nor, rakan FB  telah berkongsi video cara membuat Rotiboy ini dari FB Anita Love.

Senang pula nampak gayanya, lagi pula semua bahan yang diperlukan ada di dapurku. Aku tidak menggunakan tepung all purpose flour atau cake flour seperti yang disarankan. sekadar tepung gandum biasa aje. Aku juga menggunakan cheese dan mentega sebagai inti di dalamnya. Inti cheese memberi rasa yang lebih enak.

Rotiboy yang dihasilkan ternyata memang sedap dan lembut. Ianya boleh dipanaskan semula apabila hendak dimakan panas-panas. Bagusnya resepi ini kerana kuantiti bahan yang digunakan tidak banyak seperti kebiasaannya. Ianya menghasilkan 8 biji Rotiboy yang comel.

Resepi Rotiboy @ Coffee Bun

Untuk Roti
Bahan2:
Bahan A
1 sudu kecil yis kering*
1 sudu kecil gula*
150 ml susu segar suam*
Ketiga bahan * dicampurkan ke dalam
sebuah bekas, dikacau dan dibiarkan sehingga
berbuih.

250 g tepung gandum (resepi asal guna all purpose flour)
1 biji telur dipukul sebentar
1 sudu besar gula pasir
30 g mentega tanpa garam
1/2 sudu kecil garam

Cara Membuatnya:
1.Masukkan tepung ke dalam sebuah bekas yang
   sesuai/pengadun jika guna mesin pengadun.
2.Masukkan gula, telur, bahan A dan garam. Gaul dengan
   menggunakan spatula sehingga sebati.
3.Uli adunan atau doh selama lebih kurang 2 minit.
4.Masukkan mentega dan uli sehingga lembut dan elastik.
   Selama lebih kurang 10 - 15 minit. (aku guna mesin pengadun)
5.Keluarkan dan bentukkan adunan menjadi bebola besar.
   (Jika melekat boleh tambah sedikit tepung - sikit aje supaya
     senang dibentuk)
   Masukkan ke dalam bekas dan ditutup dengan plastik cling.
   Biarkan sehingga naik atau kembang menjadi dua kali ganda.
   (dalam 1 jam)

   Sementara menunggu adunan roti naik, boleh disediakan toppingnya.

Untuk Topping:
Bahan2:
1 sudu kecil kopi segera*
1 sudu kecil air panas mendidih*
Kedua bahan * dicampurkan ke dalam sebuah
bekas dan dikacau sehingga larut sepenuhnya.

50 g mentega tanpa garam
50 g gula icing diayak
50 g tepung gandum diayak (resepi asal guna tepung kek)
1 biji telur
Salted butter @ cheese yang dipotong kecil.

Cara membuatnya:
1.Pukul mentega dengan mixer sehingga kembang.
2.Masukkan gula icing dan pukul lagi sehingga putih
   dan berkrim.
3.Masukkan tepung, telur dan larutan kopi. Pukul
   lagi sehingga sebati. Masukkan ke dalam piping beg
   atau plastik. Potong bahagian hujung plastik.

Setelah 1 jam

1.Keluarkan doh roti dari bekas, uli sekejap dan
   bentukkan bebola besar.
2.Bahagikan kepada 9 bahagian seberat 50 - 54 g.
   atau boleh dipotong kepada 9 bahagian yang lebih
   kurang sama saiznya.
3.Bentukkan menjadi bebola bulat yang licin untuk
   8 bahagian.
4.Satu bahagian lagi dipotong kepada 8 bebola yang
   lebih kecil.
5.Tutup semua doh dengan plastik untuk 10 minit.
6.Masukkan mentega/cheese ke dalam doh yang
   kecil dan kemaskan. Buat untuk semua lapan doh.
7.Leperkan doh yang besar dan masukkan doh berisi
   mentega/cheese ke dalamnya. Kemaskan supaya
   menjadi bulat yang cantik. Letak atas dulang pembakar
   yang dialas dengan kertas.




8.Tutup dengan plastik dan biarkan roti naik dalam masa
   30 - 40 minit.
9.Panaskan oven pada suhu 180 C / 350 F selama 15 minit.
10.Paipkan topping di atas roti dalam bentuk membulat
     sehingga separuh roti.




11.Bakar di dalam oven selama 15 minit.

Huhu ...Terlebih bakar selama 19 minit



Aroma kopi yang sangat sedap rasanya.

Gebus  jeeee.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...