Jumaat, 25 Mac 2016

Dapurku D'Riyadh (147) - Kuih Talam Ubi Kayu



Bismillahirrahmanirrahim

Kuih tradisi memang sedap.



Minat untuk membuat kuih berasaskan ubi kayu semakin menyeronokkan. Apa lagi ubi kayu yang dibeli elok pula kejadiannya. Walaupun agak letih kerana aku terpaksa memarut atau sagat ubi kayu tersebut kemudian mengisarnya di dalam blender. Apabila dimakan, rasanya yang sedap menghilangkan segala rasa letih tersebut.

Resepi ini aku dapat dari Kak Afi yang mendapat resepi ini dari adiknya. Lama juga resepi ini aku simpan, berjaya juga akhirnya aku menghasilkannya. Aku hanya menggunakan separuh dari bahan-bahan yang dinyatakan di dalam resepi tersebut. Bahagian kepalanya agak nipis sedikit, jadi jika mahu bahagian kepala yang lebih tebal boleh gunakan sepenuhnya bahan-bahan yang diberi untuk bahagian kepala atau atasnya.

Hasrat untuk membawa kuih ini ke rumah Yus sempena kenduri doa selamat tidak kesampaian. Ini kerana kami ada hal yang tidak dapat dielakkan. Haha....dalam masa satu hari kami berjaya habiskan kuih ini, tidak sempat disejukbekukan.

Resepi Talam Ubi Kayu

Bahan2:
Bahagian bawah.
4 cawan ubi kayu (siap di parut dan 
dibuang air - anggaran 2 kg ubi kayu)
1 1/2 cawan air gula merah (aku guna
campuran gula merah dan gula Melaka-
dimasak bersama 3 cawan gula merah dan
2 cawan air)
1 cawan gula pasir
2 cawan santan cair

Bahagian atas
4 cawan santan pekat
2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara Membuatnya:
1.Panaskan kukusan
2.Ubi kayu di parut dan dibuang airnya. Masukkan ke dalam
   loyang bersama santan cair, gula merah dan gula pasir.
   Gaul dan kukus sehingga masak. (Aku gaulkan ketika dikukus
   sekali sekala supaya lebih cepat masak juga supaya ia masak sekata.)



3.Setelah masak, tekan supaya lebih kejap di dalam bekas tersebut.



4.Untuk bahagian atas, campurkan santan, garam, tepung gandum.
   Kacau sehingga sebati dan tidak berketul. 
5.Tapis adunan dan tuang ke atas ubi tadi. Kukus selama lebih kurang
   30 minit atau sehingga masak.



Biarkan betul-betul sejuk baru dipotong.
#Untuk sukatan di dalam resepi  ini guna loyang 8 inci.




2 ulasan:


  1. Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Saya ingin memohon keizinan puan untuk berkongsi info tentang kuih talam ubi kayu dalam artikel ini.

    Resepi tidak akan diambil. Namun, kredit dan link kepada artikel ini akan diberikan.

    Puan boleh melihat artikel tersebut di sini: https://iluminasi.com/bm/resepi-kuih-talam-ubi-lembut-dan-mudah-dipotong.html

    Jika puan mahu saya membuang kandungan yang diambil, boleh hubungi saya dengan kadar segera di amirwrites_271@yahoo.com.

    Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai :)

    BalasPadam
  2. Wsalam Encik Amir.Terima kasih atas sokongan.

    BalasPadam

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...