Ahad, 6 Mac 2016

Dapurku D"Riyadh(140) - Kuih Karipap Pusing



Bismillahirrahmanirrahim

Aku pernah buat karipap pusing dua tiga kali semenjak tinggal di Riyadh tapi hasilnya tidak begitu cantik seperti yang dibeli. Aku juga pernah menghadiri kursus membuat karipap pusing bersama beberapa jenis makanan sejuk beku lain beberapa tahun dahulu. Masih aku ingat betapa susahnya untuk menghasilkan kuih karipap pusing yang cantik. Sehingga aku terpaksa membuat rakaman menggunakan perakam video yang aku bawa bersama. Entah di mana rakaman itu sekarang, aku pun tidak pasti. Ketika itu tidak wujud lagi telefon bimbit yang ada kamera. Balik dari kursus aku tidak pernah mencubanya.

Antara kuih karipap pusing yang sedap dan aku selalu membelinya ialah yang dijual di Sekolah SRI ABIM, Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Saiznya yang sederhana dengan intinya yang sedap, sangat laris terutama di bulan puasa.
Sedap.

Resepi kuih karipap pusing ini aku ambil dari Blog terminalhijrah. Aku hanya membuat separuh dari sukatan asal, ini kerana masa yang lama diperlukan untuk menyediakannya. Bagusnya resepi ini ialah kulit kuih karipap pusing ini yang tidak terlalu gebu sehingga boleh berderai seperti biasa. aku juga menggantikan shortening dengan mentega.

Resepi Kuih Karipap Pusing

Bahan2:
Bahan A
200 gm tepung gandum
100 gm mentega
Secubit garam

Cara Membuatnya
1.Gaul mentega bersama tepung gandum dan
   masukkan garam.
2.Uli dengan tangan sehingga sebati.
3.Bahagikan doh kepada 6 doh kecil bersamaan
   dengan 50 gm setiap doh.
4.Rehatkan doh dan tutup dengan tuala lembab.

Bahan B
400 gm tepung gandum
200 gm air
Secubit garam

Cara Membuatnya:
1.Satukan tepung gandum dan garam dan masukkan
   air sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga jadi
   doh.
2.Bahagikan kepada 6 doh kecil dengan 100 gm 
   setiap satu.
3.Rehatkan doh dan tutup dengan tuala lembab.


Inti Karipap
Bahan2:
2 biji kentang bersaiz sederhana dipotong dadu
1 biji ubi keledek dipotong dadu
3 sudu besar rempah kari ikan  jenama Adabi
1 sudu besar rempah kurma jenama Adabi
Sedikit daun kari
1 labu bawang besar(didadu)
2 labu bawang putih(dipecahkan)
Sedikit  daging/ayam (didadu)
Air secukupnya
Minyak, garam

Daun bawang dan daun ketumbar(dipotong kecil)

Cara membuatnya:
1.Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan
   daun kari dan bawang besar dan goreng sehingga
   kekuningan.
2.Masukkan bawang putih dan kacau sekejap.
3.Masukkan rempah dan kacau sekejap,masukkan
  sedikit air.Kacau sehingga pecah minyak.
4.Masukkan daging/ayam, kentang. keledek dan
   garam. Kacau dan masukkan air sehingga
   sama paras dengan ubi kentang dan keledek.
5.Masak sehingga ubi lembut.Tambah air jika perlu.
   Angkat dan masukkan ke dalam sebuah bekas.
6.Taburkan daun bawang dan ketumbar yang dihiris
   di atas inti tadi.
   

Seterusnya boleh dibentuk karipap pusing.
1. Letakkan doh kecil di dalam doh yang lebih besar.



2.Bentukkan bulat. Buat untuk baki yang lain.
   Rehatkan doh selama 5 minit dengan menutup
   bekas dengan kain lembab.

3.Canaikan satu doh secara memanjang.Guna pisau
   dan potong di bahagian tengah tapi jangan sampai
   putus di bahagian atas. Tinggalkan lebih kurang
   3 cm.
4.Gulung dibahagian bawah sebelah kanan dengan
   kemas dan padat naik ke atas.



5.Pusing ke kiri dan gulung dengan kemas dan
   padat. Buat sampai habis doh

6.Rehatkan doh sebentar dengan menutup dengan
  tuala lembab.

7.Canaikan doh dengan pengelek. Gulungkan doh
   dengan kemas.


8.Potong setiap gulungan dengan pisau kepada  6/8
   bahagian yang sama besar.


9. Canai setiap satu doh kecil dan masukkan
    inti  dan kemaskan seperti baisa.








Satu lagi cara bentuk kuih karipap pusing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...