Bismillahirrahmanirrahim
Nasi Lemak warna hijau.... Pertama kali aku tengok nasi lemak warna hijau ketika berada di Singapura. Disebabkan yang menjualnya adalah warga Singapura berbangsa Cina, tidak aku terasa mahu mencubanya. Setelah itu aku dapati nasi lemak warna hijau ini semakin popular di Malaysia.
Kebetulan stok daun pandan yang dibeli dari Lulu Hypermarket masih banyak. Apa lagi try lah.
Keluargaku juga agak terkejut melihat nasi lemah warna hijau. Setelah merasainya, masing-masing mendiamkan namun menambah nasi beberapa kali. Aku gandingkan dengan Ayam Goreng Berempah, apalagi semakin selera kami menikmatinya. Nasi Lemak Pandan yang aku buat ini kurang menyerlah warna hijaunya kerana aku tidak masukkan walau setitik pewarna hijau. Sebelum dimasak, warna hijaunya cantik sahaja tetapi apabila sudah dimasak warnanya kekuningan pula.
Kali ini aku masak dalam kuantiti yang banyak dari biasa iaitu sebanyak 3 cawan beras. Niat untuk menyamu Ustazah Shikin dan bekalkan satu set Nasi Lemak Pandan untuk suaminya , Ustaz Zaki tercapai sudah. Seronok rasanya apabila dapat menjamu tetamu yang datang ke rumah dengan masakan sendiri.
Resepi Nasi Lemak Pandan
Bahan2:
3 cawan beras Basmati di rendam 30 minit dan ditos
3-4 helai daun pandan diblend dengan air dan ditapis
(anggaran 1 cawan)
1 cawan santan sederhana pekat
2 cawan air
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1/2 inci halia dihiris nipis
1 sudu kecil biji halba
1 sudu besar mentega
1 helai daun pandan disimpul
1 batang serai dibelah dua secara memanjang
Garam
Cara Membuatnya:
1.Panaskan mentega di dalam sebuah periuk.
2.Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan halba. Goreng sekejap.
3.Masukkan beras dan goreng sebentar.
4.Masukkan air, santan dan air daun pandan. Masukkan garam, daun
pandan dan serai.
5.Masak sehingga hampir kering. Perlahankan api dan biarkan nasi masak
sepenuhnya dengan menutup periuk dengan penutupnya.
Semua dah dimasukkan |
Resepi Sambal Tumis
Bahan2:
1 senduk kecil cili kering yang dikisar halus
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Air asam jawa (asam jawa + 1 cawan air)
Garam. gula dan minyak
Cara Membuatnya:
1. 1 biji bawang besar dikisar bersama dengan bawang putih .
2. 1 biji bawang besar dihiris nipis
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang hiris,
goreng hingga agak garing.
4. Masukkan bawang yang dikisar dan goreng sehingga naik bau.
5. Masukkan cili kisar , garam dan gula. Kacau sehingga betul-
betul garing. Masukkan air asam.
6. Selepas mendidih, perlahankan api sehingga pecah minyak.
Jika suka boleh masukkan hirisan bawang yang dibelah.
Resepi Ayam Goreng Rempah
Bahan2:
1ekor ayam dipotong ikut saiz yang disukai
3 batang serai
1 ½ inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci lengkuas
(serai,lengkuas,halia,dan bawang dikisar halus)
Garam secukup rasa
1 sudu besar serbuk kari ayam jenama Adabi
1 sudu kecil serbuk cili
Serbuk Kunyit
Garam
Minyak masak secukupnya
Daun kari
Daun kari
(Gaulkan semua bahan kisar, serbuk kunyit,serbuk kari, serbuk cili
dan garam bersama ayam, perapkan,lebih lama lebih baik)
Cara membuatnya:
1.Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan.
2.Masukkan daun kari ketika menggoreng
Terlewat ambil gambar....ini aje yang tinggal |
Untuk kesihatan - goreng tanpa minyak lagi sedap. |
Hidang bersama telur rebus, ikan bilis goreng dan kacang tanah yang dibakar. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan