Bismillahirrahmanirrahim
Sudah lama aku berhasrat untuk mencuba resepi Pai Ayam atau lebih mudah disebut Chicken Pie. Sahabatku di Riyadh, Pn Hjh Wan Hamidah Wan Mat yang lebih mesra dengan panggilan Kak Wan kerap kali bercerita tentang resepi yang menjadi kegemaran suaminya ini.
Kebetulan pula sewaktu sibuk memilih acuan coklat di Saco, aku ternampak acuan membuat pai. Aku terus membelinya kerana harga yang ditawarkan terlalu murah. Bayangkan alat elektrik berharga SAR29.90. Terus terang aku membelinya sebab harganya yang murah, bila hendak digunakan belakang kira.
Acuan Pie |
Bahagian dalamnya, besar sikit takpa |
Jadi aku pun bersemangat lah untuk mencuba kerana terdapat pula buku resepi di dalamnya. Kebetulan pula Kak Wan berkongsi resepi Chicken Pie yang selalu dibuatnya di dalam FB Masak Apa Hari Ni (MAHN) bertarikh 24 Feb 2016. Untuk menyediakan kulit atau pastri, aku mengambil resepi dari buku resepi yang diberikan. Ada dua resepi untuk kulit pai yang diberikan iaitu Traditional Pie Crust dan Pastry Pie Crust. Aku memilih Traditional Pie Crust kerana kuantiti bahan yang digunakan tidak terlalu banyak. Ianya menghasilkan 8 keping Pai Ayam.
Untuk inti pula aku memilih resepi Kak Wan dengan sedikit ubah suai di mana aku tidak memasukkan cheese di dalamnya. Aku letakkan resepi pastry yang dikongsi oleh Kak Wan untuk digunakan pada masa akan datang.Insha Allah.
Walaupun rasanya sedap apa lagi apabila dimakan dengan sos, hanya aku seorang sahaja yang meminatinya. Ahli keluargaku yang lain 'kureng' sikit mahu menikmatinya. Maklumlah makanan ala-ala Barat yang jarang dijumpai mereka. Mungkin boleh diMalaysiakan cita rasanya dengan inti berperisa kari macam inti karipap.
Resepi Chicken Pie
Inti Pie
Bahan2
2 keping dada ayam
Rebus dada ayam bersama sedikit garam dan
lada hitam. Sejuk kan dan siat kecil-kecil
2 biji bawang didadu
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Bahan * dikisar halus
5 biji cendawan butang segar
1 cawan mixed vegetable
2 biji telur rebus- hancurkan
Sedikit serbuk lada hitam
2 helai daun Bay
1 biji cili merah dihiris halus
Sedikit daun ketumbar
Minyak zaitun
50 g mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu segar
Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak zaitun di dalam sebuah kuali.
2.Masukkan bawang besar dan goreng sehingga agak layu.
Masukkan bawang putih, halia, mixed vegetable, ayam
daun Bay dan cendawan. Perisakan. Masukkan cili merah dan
gaul sehingga sebati. Ketepikan.
3.Panaskan mentega di dalam kuali, biarkan cair. Masukkan
tepung dan goreng sekejap.
4.Masukkan susu segar. Biarkan sos agak pekat, masukkan inti
yang disediakan.(2)Gaulkan sehingga sebati dan agak kering.
5.Masukkan telur rebus.Kacau biar sebati. (Boleh tambah
cheese jika suka)
Traditional Pie Crust
Bahan2
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 cawan vegetable shortening(ganti dengan butter)
1/2 cawan air sejuk
Cara membuatnya:
1.Campurkan tepung dan garam ke dalam sebuah
bekas besar.
2.Masukkan butter ke dalam tepung dan kacau
dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga boleh
membentuk doh. Bahagikan doh kepada dua
bahagian dan bentukkan menjadi bulat.
4.Masukkan ke dalam plastik dan simpan di dalam
peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
Pastry (Resepi Kak Wan)
300 g butter( dari peti sejuk)
500 g tepung gandum
3 sudu besar gula castor
2 biji kuning telur(dari peti sejuk)
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh garam
3 sudu besar air dari peti sejuk
Cara Membuatnya:
1.Masukkan tepung,gula, garam dan vanilla ke dalam
food processor.
2.Masukkan butter yang dipotong kiub dan kisar hingga
menjadi macam serbuk roti. Masukkan kuning telur
dan kisar lagi.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga terbentuk
doh yang sebati (doh berkumpul di satu bahagian
food processor).
4.Keluarkan doh dan masukkan ke dalam plastik. Letak
di dalam peti sejuk .
Membentuk Chicken Pie menggunakan Pie Bakery
1.Biarkan doh berehat pada suhu bilik sehingga agak
lembut dan boleh dicanai.Panaskan Pie Bakery
sehingga lampu merah terpadam(3 minit)
2.Canaikan doh dan bentukkan mengikut acuan yang
diberi iaitu bahagian badan dan penutup pie.
3.Masukkan doh yang bersaiz besar ke dalam acuan.
Letakkan inti dan tutup dengan doh yang lebih
kecil.
4.Tutup Pie Bakery dengan sempurna dan masak
selama 7-10 minit atau sehingga kekuningan.
5.Jika mahu terus membakar pie yang berikutnya,
pastikan Pie Bakery dibiarkan sejuk seketika.
Membentuk Chicken Pie dengan acuan.
1.Canaikan doh dan letakkan di atas acuan atau
terus bentukkan doh di dalam acuan mengikut
ketebalan yang sesuai.
2.Masukkan inti dan tutup dengan doh yang dibentuk
mengikut bentuk yang disukai.
3.Sapukan kuning telur dan bakar pada suhu 180 C
selama 20-30 minit atau sehingga masak.
Siap!
Makan dengan homemade sos cili lagi sedap. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan