Bismillahirrahmanirrahim
Tambah kapsyen |
Beberapa bulan lalu, rakyat Malaysia diuji dengan cuaca yang panas. Luar biasa sehingga menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan rakyat. Ramai pula yang berkongsi gambar ais krim buatan Malaysia yang pelbagai rasa dan warna. Bentuknya pastilah hampir sama kerana menggunakan plastik yang sama jenis dan saiznya. Terliur juga aku menengoknya. Kebetulan sahabatku, Pn Hjh Wan Hamidah mahu pulang bercuti ke Malaysia pada bulan Mac lepas. Dengan perasaan malu tetapi mahu, aku pun tebalkan muka meminta jasa baik Kak Wan untuk belikan aku sebungkus plastik untuk membuat ais krim.
Rupanya permintaan bagi plastik ais krim begitu tinggi di Malaysia dan sukar untuk dibeli di kedai biasa. Puas Kak Wan dan anak bongsunya mencari kedai yang ada menjualnya. Rasa bersalah pula. Apa pun dapat juga sebungkus plastik ais krim buat bekalan, harap-harap dapat bertahan sehingga bulan Julai.
Banyak jenama ais krim di Riyadh ini memang banyak, seperti Baskin Robbins, Dairy Queen, London Dairy dan sebagainya. Produk tempatan juga tidak kurang sedapnya seperti ais krim yang dijual di atas van yang boleh dibeli dengan harga SR2. Paling banyak ialah kedai Baskin Robbins, terdapat di mana-mana. Di kawasan perumahan, mall dan park. Memang orang Arab kuat makan ais krim tidak kira musim sejuk atau musim panas. Kek ais krim Baskin Robbins pun sedap dan banyak pilihan. Pernah juga kami membelinya.
Apa pun ais krim Malaysia tetap menjadi pujaan hati.
Resepi Ais Krim Citrawarna Malaysia
Bahan2:
1 liter air
1 liter susu segar
1/2 tin susu pekat
Gula secukupnya
1 pek serbuk agar-agar
1 sudu kecil perisa vanila
1 sudu kecil perisa strawberi
Pewarna
Cara Membuatnya:
1.Masak serbuk agar-agar bersama air. Tambah gula
9tidka perlu manis sangat) dan masak sehingga larut.
2.Bahagikan kepada 4 bahagian. Masukkan pewarna
yang disukai ke setiap bahagian. Biarkan beku.
3.Potong agar-agar supaya menjadi saiz yang kecil.
Campurkan kesemuanya di dalam sebuah bekas.
5.Masak air, susu segar dan susu pekat di dalam sebuah periuk.
Apabila mendidih, masukkan gula dan kacau sehingga larut.
6.Masukkan perisa dan tutup api. Biarkan sejuk.
7.Masukkan adunan ke dalam jag.
8.Masukkan agar-agar ke dalam plastik ais krim diikuti dengan
adunan susu tadi. Ikat plastik dengan kuat. Simpan di tempat
sejuk beku. Esok boleh dimakan ya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan