Masmak Fort, Riyadh Kembali Gemilang
Berada di Riyadh hampir tiga tahun memberi kami peluang memahami banyak perkara berkaitan kehidupan di sebuah negara yang dikelilingi padang pasir. Rupa bentuk buminya, cuacanya, sosial budaya masyarakatnya, kepelbagaian bangsa yang mencari rezeki di sini serta kemewahan yang ternampak ,menambah asam garam di dalam kehidupan kami. Pengalaman dan pelajaran yang tidak mampu diperolehi dari mana-mana sumber. Misalnya membaca kesan sejarah dari buku-buku atau wikipedia pasti tidak sama seperti mana kita melihat kesannya di depan mata. Begitu kaya pengalaman yang terhasil dari sebuah kembara lantas setiap catatan begitu bermakna jika dibaca kemudiannya. Moga aku mampu untuk terus melazimi semangat untuk menulis setiap pengalaman yang dikutip buat tatapan mereka yang tidak berpeluang untuk melihatnya.
Dua Bulan lepas kami sempat melawat Masmak Fort, satu dari beberapa tempat menarik untuk dilawati di Riyadh. Mungkin ada yang berpendapat melawat muzium tidak penting kerana ianya berbicara akan peristiwa yang sudah berlalu. Seperti kanak-kanak sekolah atau pelajar universiti yang mahu mengkaji kewujudan sesebuah negara. Adalah lebih baik melihat mercu tanda yang ada, sebagai lambang kehidupan masa kini. Disebabkan kami mempunyai masa yang agak lama di Riyadh, jadi melihat bagaimana negara Arab Saudi terbentuk lebih seratus tahun yang lalu terasa amat bermakna.
|
Masmak Fort |
Masmak Fort terletak di tengah-tengah kota Riyadh dan diperbuat dari tanah liat. Dibina pada tahun 1865 ketika pemerintahan Imam Abdullah bin Faysal bin Turki bin Abdullah bin Muhammad ibn Saud. Ianya adalah sebahgaian dari kawasan istana di tengah Riyadh pada ketika itu. Imam Turki bin Abdullah bin Muhammad bin Saud menjadikan Riyadh sebagai ibu negara Arab Saudi yang terbentuk buat kali kedua. pada tahun 1824 Tidak bertahan lama, Riyadh dan negara yang baru terbentuk kembali dikuasai oleh keturunan Al Rasyid yang berpusat di Hail, Semenanjung Arab. Masmak Fort menjadi titik sejarah di mana berlakunya penaklukan kota Riyadh dari Dinasti Al Rasyid oleh Dinasti Al Saud yang dipimpin oleh King Abdul Aziz Al Saud pada tahun 1902.(Sumber : Muzium Masmak Fort)
|
Kawasan berhampiran Masjid Imam Turki bin Abdullah
|
|
Penaklukan Riyadh oleh King Abdul Aziz bermula di sini. |
Terletak di kawasan Al Dirah (Deera) yang terkenak agak sibuk kerana dikelilingi oleh pelbagai Souq. Sampai juga aku ke Deera yang selama ini menjadi bualan rakan-rakan. Deera menjadi tempat warga Malaysia membeli belah terutama abaya kerana harga yang ditawarkan di sini musah dan banyak pilihan. Namun untuk ke sana agak mencabar kerana kerapkali berlaku kesesakan di jalan raya yang agak teruk. Terpaksa pula melalui jalan-jalan sekitar kawasan Batha yang memang diketahui sentiasa padat dengan orang ramai. Terasa seperti tidak berada di Riyadh. Kaum lelaki berbangsa India, Pakistan dan Bangladesh memenuhi jalan-jalan. Sesak betul. Masmak Fort terletak tidak jauh dari Masjid Imam Turki, antara masjid terpenting di Riyadh. Jadi lawatan kami kali ini adalah 3 in 1 di mana kami dapat melihat Masmak Fort, Mall di Deera dan Masjid Imam Turki.
|
Pintu masuk Masmak Fort |
|
Pintu fort berjaya ditembusi oleh tentera King Abdul Aziz |
King Abdul Aziz bin Abdul Rahman bin Faisal telah mengantikan ayahnya Abdul Rahman bin Faisal (juga dikenali sebagai Imam Abd al-Rahman)ketika berusia 22 tahun pada tahun 1901. Abdul Rahman bin Faisal adalah ketua keluarga dinasti Saud dengan gelaran Sultan Nejd (Najd). Keluarga diraja ini berada di Kuwait selepas diusir oleh golongan Rashidi yang menguasai menguasai sebahagian Semenanjung Arab. Pada tahun 1902, King Abdul Aziz bersama sekumpulan saudaranya yang dikatakan seramai 22 orang telah berjaya menakluk Riyadh. Seterusnya menguasai separuh daripada Nejd.(Sumber:wikipedia.org). Sejarah penubuhan kerajaan Arab Saudi boleh dirujuk di Travelog : Oh!Riyadh (79).
Antara nama-nama yang bersama King Abdul Aziz menakluk Riyadh ialah Muhammad bin Abd al-Rahman bin Faysal bin Turki Al Saud, Fahd bin Jalawi bin Turki bin AbdAllah Al Saud, Abd Allah bin Jalawi bin Turki bin Abd Allah Al Saud, Abd Allah bin Saud bin AbdAllah bin Ibrahim bin Abd Allah bin Muhammad bin Saud, Saud bin Nasir bin Saud bin Ibrahim bin Abd Allah bin Farhan Al Saud, Abd al Aziz bin Jalawi bin Turki bin Abd Allah Al Saud, Abd al-Aziz bin Musaid bin AJlawi bin Turki bin Abd Allah Al Saud dan lain-lain. Aku sengaja menulis nama-nama ini agar dapat memahami peri pentingnya nama mereka. Tidak hairan jika nama-nama ini diabadikan sebagai nama-nama jalan, bangunan atau institusi pendidikan. Begitu juga dengan nama Najd, Restoran Najd dan rangkaian mall milik Najd. Dari segi geografi, wilayah Najd terdiri dari Riyadh, al-Qassim dan Hail.
|
Mereka yang bersama King Abdul Aziz menakluki
Masmak Fort. |
|
Tambah kapsyen |
|
Peta penaklukan Kerajaan Arab Saudi |
|
Pintu masuk |
|
Ruang tetamu |
|
Ruang pameran |
|
Laluan di dalam fort |
|
Kawasan untuk berehat |
|
Senjata yang pernah digunakan pada zaman Uthmaniyah |
|
Qarue, bekas yang diperbuat dari batu digunakan buat menyimpan
air untuk minuman dan kegunaan lain di rumah atau masjid. |
|
Perigi untuk mendapatkan air di zaman dahulu.
Di kawasan ini juga terdapat tandas untuk kegunaan pelawat. |
|
Terdapat tangga untuk ke ruang lain. |
|
Bnayak ruang pameran . |
|
Antara bahan sejarah yang turut dipamerkan |
|
Corak pintu yang menarik perhatian. |
|
Gambar, nama dan lokasi istana turut dipamerkan. |
|
Gambar enam pemerintah Arab Saudi sebelum King Salman (sekarang) |
|
Masuk percuma |
Kami berada di dalam Masmak Fort sehingga lewat petang. Kami ke Masjid Imam Turki yang berada tidak jauh dari kawasan tersebut untuk menunaikan Solat Maghrib. Satu bangunan masjid kami pusing untuk mencari ruang solat untuk kaum wanita di masjid tersebut. Apabila ditanya penjaga yang berpakaian tentera di pintu masuk utama masjid tersebut, baru kami tahu bahawa masjid tersebut hanya untuk kaum lelaki sahaja. Puas kami berjalan lagi mencari masjid lain, akhirnya kami diberitahu terdapat masjid yang menyediakan ruang solat untuk wanita. Masjid tersebut terletak di sebelah Masmak Fort namun terlindung oleh bangunan kedai.
|
Masjid di belakang kedai . |
|
Masjid Besar Imam Turki bin Abdullah boleh memuatkan
17,000 jemaah. |
|
Sekitar Masjid Imam Turki |
|
Kawasan ini turut menjadi kawasan kanak-kanak bermain.
Terdapat kawasan untuk berehat dan kedai-kedai. |
|
Terletak berhampiran Justice Palace dan pejabat Kerajaan.
Suasana meriah sehingga ke malam |
|
Bangunan sebelah kiri yang bertentangan dengan Masjid Imam Turki ternyata amat
penting kerana dijaga dengan rapi oleh pihak tentera. Mungkin kawasan makam Diraja. |
|
Terdapat 50 lampu disekitarnya. |
|
Cantik lampu. |
Sebelum balik, kami sempat masuk ke bangunan mall yang berada tidak jauh dari situ. Banyak kedai-kedai di situ yang menjual berbagai barang. Paling banyak kelihatan ialah kedai menjual abaya dan minyak wangi.
|
Tidak ramai pengunjung |
|
Kedai abaya. |
zias/riyadh/16
Tiada ulasan:
Catat Ulasan