Khamis, 5 Mei 2016

Travelog : Kuwait Dihatiku (13) - Jumpa Lagi Kuwait!


Jumpa Lagi Kuwait!


Masih belum puas rasanya bercuti di Kuwait, apa kan daya masa berlalu dengan begitu cepat sekali. Hari untuk balik ke Riyadh tiba juga akhirnya, walaupun aku dan Saffura berkali-kali memujuk suamiku agar menyambung cuti satu hari lagi. Ukhti Syarida Mulyani juga turut meminta kami tinggal sehari lagi di Kuwait supaya dapat membawa kami bersiar-siar di beberapa tempat menarik di Kuwait. Seperti di pulau dan kawasan luar dari Kuwait City. Hasrat tersebut ditolak oleh suamiku dengan alasan memerlukan untuk berehat masa sebelum bertugas semula setelah balik dari Kuwait nanti. Aku juga tidak berani mendesaknya kerana kasihan akan suamiku yang akan memandu seorang diri selama beberapa jam lagi.

Kami tidak terus bertolak ke sempadan sebaliknya singgah di Souq Sharq untuk mencari fridge magnet. Aku ada ternampak fridge magnet di jual di situ ketika ke sana dahulu namun aku tidak mahu membelinya kerana harganya yang agak mahal. Tidak ada pilihan dan dengan penuh harapan kami ke sana. Uhkti Syarida Mulyani ada mencadangkan supaya mengikutnya ke Lulu Hypermarket untuk membeli souvenir di sana tetapi kami tidak boleh berbuat demikian kerana kesuntukan masa. 



3.5 KD satu...lebih mahal dari seekor lobster.

Kami terambil jalan lain, bukan jalan yang kami lalui ketika datang ke Kuwait pada hari Selasa lepas. Jalan raya di Kuwait mempunyai tiga  atau empat lorong seperti lebuh raya. Kami sangkakan ianya lebuh raya. Agak jauh juga jalan tersebut tetapi ianya memberi kami peluang melihat pemandangan yang berbeza pula. Bandar-bandar kecil kelihatan dari jauh dengan saiz yang tidak begitu besar. Kelihatan juga kilang-kilang berkaitan dengan petroleum sesuai dengan statusnya sebagi negara penyimpan dan pengeluar minyak utama dunia.







Suasana hijau.

Akhirnya kami berjumpa simpang untuk masuk ke lebuh raya menuju ke sempadan. Lega rasanya.

Nama lebuh raya sempena King Abdul Aziz dari Arab Saudi.


Tepi lebuh raya pun ada orang jual ais krim
Aktiviti bermain layang-layang di hujung minggu


Jualan layang-layang pun ada
Kedai makanan segera di hentian rehat sepanjang lebuh raya.


Khemah-khemah di padang pasir Kuwait.


Kawasan penternakan  - tidak begitu luas.


Sampai di sempadan Kuwait - Arab Saudi

Urusan berjalan dengan lancar..selamat.

Syurkur kepada Allah SWT yang memudahkan bagi kami akan urusan di sempadan Kuwait - Arab Saudi. Kami singgah di Khafji untuk berehat sebentar sambil mengisi perut dengan bekalan yang dibawa. Aku sempat masak nasi dan memanaskan kari ayam yang dibawa di hotel sebelum bertolak. Suasana petang yang agak damai membolehkan orang ramai mula memenuhi kawasan sekitar pantai yang begitu luas. Tanpa rasa jemu aku menikmati pemandangan laut yang terbentang di depan mata. Suamiku hairan melihat telatah kami yang tidak puas-puas mahu  melihat pantai dan laut. Sentiasa teruja untuk menikmati warna biru air laut yang memang mengasyikkan.


Park berhampiran pantai


Orang ramai mulai berpiknik

Selesai makan.

Dekat aje dengan pantai


Lepas makan terus nak jalan-jalan di tepi pantai.

Pantai yang sesuai untuk mandi manda

 Pantai di Khafji lebih cantik berbanding dengan pantai di Al Khobar.

Bestnya dapat mandi manda....lelaki aje .


Banyak kemudahan seperti tempa khas untuk  piknik yang selesa dan tanda awam

Kami meneruskan perjalanan menggunakan lebuh raya Khafji - Dammam - Riyadh melalui Jubail. Kami tidak berhasrat untuk singgah di Jubail walaupun kami tahu ada Pesta Kebudayaan Antara bangsa sedang berlangsung di sana. Jubail juga memiliki rangkaian pantai yang cantik dan sesuai untuk dikunjugi. selain terkenal dengan kawasan industri petroleumnya. 





Pemandangan padang pasir yang luas dengan rumput-rumput hijau memenuhi kebanyakan kawasan di laluan Khafji - Dammam. Seperti yang kami lihat ketika di dalam perjalanan tempoh hari tetapi terhad kepada kawasan penternakan sahaja. Tiada kawasan penanaman rumput atau gandum. Pun begitu ianya sudah cukup untuk aku menikmatinya  pemandangannya dan berjaya menghalang aku dari terlelap.

Luas terbentang.

Siang semakin hilang.

Suasana di lebuh raya Dammam- Riyadh agak meriah dengan bilangan kenderaan yang agak banyak terutama lori yang membawa muatan berat. Kami tidur sehingga tengah malam sebelum menyambung perjalanan. Pelbagai aktiviti dilakukan di sekitar kawasan  padang pasir walaupun sudah lewat malam, sekitar pukul 2 pagi. Terutama anak-anak muda yang bergerak di dalam kumpulan kecil  merentasi kegelapan malam di tengah padang pasir. Entah apa yang dibuat mereka. Kami selamat tiba di rumah pada pukul 3 pagi. Alhamdulillah.

Terasa seperti tertinggal sesuatu di Kuwait. Maklumlah tempoh percutian di sana agak pendek, hanya empat hari tiga malam termasuk perjalanan. Banyak lagi tempat menarik yang belum sempat dikunjungi. Kebaikan dan keramahan keluarga Almarhum Pak Long Mustafa dan sahabat-sahabat ODOJ belum sempat kami balas. Hanya doa kami panjangkan moga semuanya diberi keberkatan atas kebaikan layanan buat kami sepanjang berada di sana. In Sha Allah jika ada rezeki kami mahu ke Kuwait lagi. Saudara Ahmad sempat menghubungi suamiku dan berdoa supaya kami selamat sampai dan berharap dapat bertemu di Riyadh. Setiap tempat atau daerah yang kita pergi pasti ada keistimewaannya yang tersendiri. Rehlah kami ke Kuwait begitu bermakna kerana ianya telah mewujudkan sebuah hubungan persaudaraan yang tidak terduga. Lalu meninggalkan memori yang cukup bermakna akan ikatan kemanusian yang ikhlas dan murni.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...