Bismillahirrahmanirrahim
Hujung minggu lepas kami penuhi dengan berukhuwah, berkunjung ke majlis hari jadi dan melawat sahabat yang baru bersalin. Mulanya aku buat apam ini untuk dibawa ke majlis hari jadi Farish, adik Nur Farhana yang merupakan rakan sekelas Saffura di sekolah. Antara tetamu yang datang ialah guru Bahasa Perancis yang mengajar di Sekolah Al Alameen, Teacher Sanaa. Berasal dari Morocco dan berkahwin dengan warga negara Amerika Syarikat. Teacher Sanaa sudah lama tinggal di Arab Saudi, sebelum ini beliau dan keluarganya tinggal di Hafr Al Batin. Teacher Sanaa menyatakan rasa kesal kerana mengajak suaminya pindah ke Riyadh sedangkan keadaan di Hafr Al Batin amat mendamaikan berbanding situasi di Riyadh. Satu-satunya guru Bahasa Perancis di sekolah tersebut di mana beliau terpaksa mengajar di semua kelas, lalu mengambil keputusan untuk berhenti bekerja demi supaya dapat memberi tumpuan kepada tiga orang anaknya.
Ramai pula kanak-kanak yang suka memakannya terutama anak-anak Pn Hjh Wan Salisa terutama si Afifah. Esok paginya, Pn Hjh Wan Salisa menghantar WhatsApp bertanya resepi apam polkadot tersebut. Aku terus memenuhi permintaan Wan memandangkan Afifah sudah meminta kuih tersebut .
Puas memikirkan makanan apa untuk dibawa ke rumah rakan kami, Pn Hjh Yuslida pada petang hari Sabtu. Sekali lagi aku menyiapkan apam polkadot yang comel dan berwarna warni untuk dibawa bersama. Memang kanak-kanak sukakannya termasuk, Aaron dan Isaac, anak-anak Pn Hjh Yuslida. Seronok melihat mereka memilih apam yang pelbagai warna tersebut.
Ini untuk Pn Hjh Yuslida |
Ini pula untuk birthday Farish |
Farish sedang memotong kek dengan dibantu papanya, Tn Hj Offar |
Bersama rakan lain yang sempat ziarah Pn Hjh Yus |
Baby Danial ArRayyan |
Resepi ini aku ambil dari FB Azlina Ina yang mula menarik perhatianku. Resepinya mudah kerana ditunjukkan langkah demi langkah. Pernah aku membuat apam polkadot ini sekali, tetapi hasilnya kurang memuaskan. Puas hati betul dengan hasil kali ini, yang paling penting ianya disukai ramai. Jom tengok resepinya.
Resepi Apam Polkadot
Bahan2:
2 biji telur (gred B- sebaiknya dari peti sejuk)
1 sudu besar ovalate
3/4 cawan gula halus (guna gula biasa)
1 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil perisa strawberi (tambah sendiri)
2 cawan tepung gandum (aku ayak)
1 sudu kecil baking powder
Pewarna pilihan
Paper cup dan acuan apam
Cara Membuatnya:
1.Pukul telur,gula,ovalate, esen vanila dan perisa strawberi
sehingga pekat dan kembang.
2.Masukkan tepung dan susu selang2 sambil dikacau sehingga
habis.
3.Bahagikan adunan dan masukan pewarna pilihan. Masukkan
adunan ke dalam plastik atau piping . Asing sedikit untuk hiasan.
4.Masukkan paper cup ke dalam acuan apam.
5.Masukkan adunan ke dalam acuan, jangan terlalu penuh.
Sebab apam akan tersenyum lebar jika terlalu penuh.
6.Corakkan permukaan apam tersebut.
7.Kukus di dalam pengukus dengan api yang sederhana selama
5 minit. Tidak perlu balut penutup pengukus dengan kain/tuala.
8.Jika tidak boleh masak kesemuanya sekali, pastikan adunan
dikacau balik atau gonyoh sikit piping supaya liang udara
hilang dan apam tidak berongga.
Alahai dah jadi apam mekar pulak. Ini hasilnya jika terlalu penuh. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan