Tempat Menarik Di Kuwait.
|
Kuwait Grand Mosque |
|
Map Kuwait City dari Google |
Kedudukan Kuwait Continental Hotel yang terletak di Bneid Al Qar, pusat bandar Kuwait City memudahkan kami untuk sampai ke beberapa tempat menarik di sekitarnya. Sebahagian besar daya tarikan pelancong terletak di sekitar kawasan ini terutama di sepanjang Arabian Gulf Street. Kedudukan Arabian Gulf Street yang berhampiran dengan kawasan pantai memudahkan pelancong melihat beberapa mercu tanda yang menjadi daya tarikan yang terdapat di sepanjang laluan tersebut. Seperti Souq Sharq, Fish Souq, Kuwait Tower merupakan tempat-tempat yang sudah kami lawati.
Ada juga beberapa tempat menarik yang tidak sempat kami kunjungi kerana kesuntukan masa. Juga disebabkan masalah lain seperti tidak berjumpa tempat yang dicari atau tempat tersebut sedang diubahsuai. Seperti Souq Al-Mubarakiya, Grand Mosque, Kuwait National Museum, Dickson House Cultural Centre, Kuwait Zoo, Sadu House dan sebagainya. Hanya kami begitu bernasib baik berpeluang naik ke Kuwait Tower yang baru dibuka setelah ditutup selama 5 tahun bagi tujuan ubah suai.
|
Bulatan di depan Sief Palace bertentangan dengan Grand Mosque. |
Sief Palace dan Grand Mosque terletak berhampiran antara satu sama lain. Kami cuba untuk masuk ke dalam kawasan masjid tersebut yang juga dikenali sebagai Masjid Al- Khabeer. Terdapat penghadang yang tidak membenarkan kereta memasuki kawasan tersebut. Kami mencuba lagi untuk masuk melalui kawasan parkir yang luas di bahagian depan masjid, namun tidak dibenarkan oleh pegawal yang bertugas. Menurut Puan Salmah, bahagian dalam masjid tersebut sangat indah. Kecewa sekali kerana tidak berpeluang masuk ke dalam masjid tersebut.
|
Sief Palace dilihat dari jalan raya. |
|
Dickson House Cultural Center yang sedang diperbesarkan di sekitarnya |
|
Berhampiran kawasan Sief Palace |
|
Parlimen Kuwait |
Terdapat juga bangunan yang agak unik binaannya , ada yang menyerupai bangunan yang ada di Riyadh.
Kuwait masih baru di dalam industri pelancongan di mana kebanyakan lokasi utama yang dicadangkan untuk dilawati sedang di dalam proses penambahbaikan. Pelancong asing juga tidak banyak kelihatan seperti di Qatar. Tiada perkhidmatan bas dua tingkat " Big Bus" yang menawarkan tour untuk para pelancong seperti yang terdapat di London, Doha, Muscat dan Paris. Kebanyakan warga asing adalah mereka yang bekerja di Kuwait. Kemudahan pelancongan juga tidak begitu banyak dan agak sukar untuk mencari lokasi kerana kurangnya maklumat atau tanda arah untuk ke sana.
Pun begitu pelbagai kemudahan tersedia dan terjaga rapi seperti taman-taman yang terdapat sepanjang Arabian Gulf Street. Taman-taman dihiasi dengan rumput menghijau dan taman-taman bunga menjadikannya begitu sesuai untuk reakrasi. Kawasan berjalan kaki dan lorong berbasikal turut disediakan disepanjang pantai membolehkan aktiviti riadah begitu menyeronokkan. Pantai-pantainya pula agak bersih dan menawarkan kemudahan untuk berenang dan bermain sukan air terutama Speed Boat atau Jet Boat. Terasa suasana yang mendamaikan kerana situasi yang tidak sesak dengan orang ramai.
|
Sebahagian dari pantai yang terdapat di sepanjang Arabian Gulf Street |
|
Arabian Gulf Street dilihat dari Kuwait Towers |
|
Beraktiviti walaupun di waktu tengahari |
|
Asyik melihat mereka beraksi. |
|
Pemandangan biasa di sepanjang Arabian Gulf Street. |
|
Satu dari puluhan pantai di sepanjang Arabian Gulf Street |
|
Satu lagi pantai yang sempat kami singgah |
|
Tempat beriadah |
|
Tempat berpiknik |
|
Laluan untuk beriadah |
|
Tandas awam, dan restoran mudah dicari. Terdapat juga pengawal keselamatan yang bertugas di pondok yang disediakan. |
Menyelusuri Arabian Gulf Street beberapa kali membolehkan aku aku melihat panorama yang mengasyikan. Tidak terjangka ianya penuh dengan deretan bangunan tinggi yang merupakan hotel, resort dan restoran pelbagai jenama antara bangsa. Seolah berada di sebuah pulau percutian yang begitu meriah dan menarik untuk dilawati. Terdapat juga beberapa taman tema seperti Aqua Park , Kuwait Science Club, The Scientific Center dan beberapa tarikan lain yang dibuat khas bagi menghiburkan kanak-kanak. Terdapat juga marina yang menjadi tempat berlabuhnya bot-bot persendirian tidak ubah seperti kota-kota perlancongan di Eropah dan negara Barat lain.
|
Banyak restoran, kafe dan kedai makanan segera di sepanjang pantai |
|
The Scientific Center |
|
Theme Park |
|
Penjual ais krim beroperasi di sepanjang Arabian Gulf Street |
Terdapat juga tarikan lain yang tidak terletak di laluan Arabian Gulf Street. The Liberation Tower merupakan antara menara telekomunikasi tertinggi di dunia, boleh dilihat dari setiap penjuru pusat bandar Kuwait City dengan ketinggian 372 meter. Melebihi ketinggian Eiffel Tower di Paris. Tower ini terletak di dalam kawasan Kementerian berkaitan komunikasi, memang kita tidak berpeluang untuk mendekatinya.
|
Hingga di sini sahaja. |
Kuwait Water Towers juga merupakan satu mercu tanda yang dapat dilihat dengan mudah di sekitar Kuwait City. Terdapat 31 water towers di Kuwait yang siap dibina pada tahun 1976. Menariknya Kuwait Water Towers ini didirikan secara berkumpulan di satu tempat. Corak dan warnanya juga seragam. Di sekitar Kuwait Water Towers juga dibina taman-taman untuk piknik dan beriadah.
|
Kuwait Water Towers di waktu malam |
|
Singgah sekejap di waktu siang. |
Aku agak kecewa kerana tidak berpeluang ke Souq Al-Mubarakeya yang merupakan souq terbesar di Kuwait. Terletak di tengah-tengah pusat bandar dan berusia lebih 100 tahun. Aku hanya mampu melihat dari jauh bangunan souq yang sedang di dalam proses ubahsuai itu. Kami menamatkan pencarian untuk ke sana setelah diberitahu tidak banyak barang yang ditawarkan kerana kebanyakan kedai telah ditutup. Maklumat tersebut aku perolehi dari sahabatku Pn Hjh Wan Salisa yang baru berkunjung ke Kuwait seminggu sebelum kami ke sana. Aku mahu ke sana untuk mencari fridge magnet dan beberapa tanda mata Kuwait lain dengan harga yang lebih murah.
|
Souq Al- Mubarakeya yang sempat Pn Hjh Wan Salisa kunjungi. |
Bersambung..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan