Khamis, 12 Mei 2016

Dapurku D'Riyadh (172) - Waffles



Bismillahirrahmanirrahim


Minggu lepas aku ke Qasr Awani, berkobar-kobar untuk mencari loyang untuk bakar kek. Tengah semangat untuk cuba  buat Kek Lapis Sarawak. Belum pun kereta kami membelok masuk ke ruang parkir, sudah ternampak iklan diskaun sehingga 50%....seronok-seronok. Aku dan Saffura turun dari kereta terlebih dahulu kerana ruang parkir di hadapan bangunan Qasr Awani telah penuh dengan kereta pelanggan, yang kebanyakannya besar-besar belaka. Seperti biasa aku suka ke ruang barangan elektrik terlebih dahulu. Ehmmm...barangan Kenwood banyak menawarkan diskaun. Ternampak pula Sandwichmaker snacker family SM650 3 in 1.  Berguna untuk membuat roti bakar, grill dan waffle. Yang lain aku tak kisah sangat sebab yang aku nampak ianya boleh digunakan untuk membuat Waffle, apa lagi rembat aje la. SAR160+ dari harga asal SAR190+.




Aku mengambil resepi yang terdapat di dalam buku panduan yang diberi. Ada beberapa resepi tetapi aku ambil resepi yang paling mudah dibuat dan bahannya pun tidak terlalu banyak. Aku menggunakan separuh sahaja dari resepi yang diberikan dan menghasilkan 8 keping waffle. Saffura tidak bergerak untuk menanti sehingga waffle masak, lagi pula baunya yang sedap memang mengancam tekak. Kami berdua menghabiskan waffle sebaik sahaja dikeluarkan dari pembakarnya. Dimakan bersama  ais krim dan whipped cream..hulala.


Resepi  Traditional Waffles

Bahan2:
150 g tepung gandum diayak
10 g baking powder diayak
30 g gula icing
50 g mentega dicairkan
1 biji telur
250 ml susu segar
Sedikit garam
Sedikit esen vanilla (pilihan)

Cara Membuatnya:
1.Masukkan tepung, baking powder,gula,mentega,telur dan
   garam ke dalam sebuah bekas. Kacau rata.
2.Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau. Masukkan
    esen vanilla jika suka.
3.Tutup dan biarkan selama 1 jam.




4.Panaskan acuan. Sapukan sedikit minyak supaya tidak melekat.
   Masukkan adunan sehingga ke paras yang sesuai. Jangan sampai
   melimpah. Biarkan sehingga masak. Jangan terlalu garing. Keluarkan
   dan ulangi sehingga habis adunan.
5.Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama ais krim, whipped cream,
   jem, madu dan sebagainya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...