Rempit Di Red Sand
Dua kali jiranku Pn Roslina mempelawa kami sekeluarga untuk pergi bersama mereka ke Red Sand. Kami tidak dapat mengikut Pn Roslina kerana ada program lain dan bagi kali keduanya kami ke Mekah pula. Sebenarnya sudah lama aku dan Saffura teringin untuk ke Red Sand. Disebabkan kereta kami tidak sesuai untuk merentasi padang pasir, maka hasrat tersebut tinggal angan-angan sahaja. Namun setelah aku bertanya sedikit sebanyak tentang situasi di Red Sand dari Pn Roslina, baru aku tahu rupanya tanpa kereta 4WD pun kami boleh ke sana. Kami boleh menyewa ATV atau quatbike dari tepi jalan dan masuk ke dalam kawasan red sand. Kami terus teruja mahu ke sana apabila mendengar ada ATV untuk disewa di sekitar kawasan tersebut. Biasanya kami menaiki ATV atau quatbike di kawasan Thummamah. Jadi sebelum cuaca menjadi panas, mahu juga kami merempit sekali lagi.
|
Menuju Muhazimiyah |
|
Riyadh Grand Canyon dilihat dari lebuh raya Riyadh- Mekah |
Dua bulan lepas, kami pun ke sana selepas solat Zohor. Red Sand dunes terletak kira-kira 80 km dari Riyadh, yakni memerlukan masa lebih kurang satu jam untuk sampai ke sana. Kami menggunakan laluan lebuh raya Riyadh- Mekah sehingga ke Muhazimiyah. Kami mengikut sahaja arahan yang diberi oleh khidmat GPS melalui telefon bimbit. Hampir tersesat juga kerana kami disuruh melalui jalan-jalan yang terletak di kawasan kilang industri kecil. Berkat kebijaksanaan Saffura,yang sentiasa diberi tugas menjadi co-pilot, akhirnya kami sampai juga ke kawasan yang dicari.
|
Lebih dekat pemandangannya |
|
Baru ada papan tanda arah |
Rupanya Red Sand terletak di kawasan pergunungan seolah Grand Canyon yang selama ini aku perhatikan setiap kali melalui lebuh raya Riyadh -Mekah. Kini kami semakin hampir dengan kawasan pergunungan tersebut dan pemandangan di sekitarnya memang cantik. Kami juga ternampak beberapa ekor unta berbonggol dua yang berkeliaran di kawasan berpagar. Seolah kawasan hutan simpan, berdekatan kawasan gunung tersebut. Memang tidak pernah kami jumpa unta berbonggol dua seperti itu selama berada di Riyadh. Pernah juga terbaca mengenai unta berbonggol dua yang terdapat di Negara China.
|
Sekumpulan unta berbonggol dua |
|
Unta dua bonggol |
Dari jauh ternampak kawasan berpasir yang berwarna kemerahan, apa lagi sukanya di dalam hati. Kami pun mencari laluan untuk membuat u-turn menuju ke situ. Pemilik kereta 4WD akan memandu terus ke kawasan padang pasir tersebut untuk mencari kawasan yang sesuai untuk duduk dan berpiknik. Perkhidmatan untuk menyewa ATV atau quatbike terdapat di sepanjang kawasan tepi padang pasir bersama deretan ATV yang pelbagai saiz. Seperti biasa, petugas yang menawarkan ATV untuk disewa melambai-lambaikan tangan untuk menawarkan ATV mereka buat disewa. Selepas meletakkan kereta di kawasan yang sesuai dan selamat, kami pun menuju ke tempat terletaknya ATV tersebut. Tawar menawar pun berlangsung dalam tempoh beberapa minit antara suamiku dan pekerja tersebut. Rata-ratanya pekerja tersebut berkulit hitam.
Kami menunaikan solat Asar terlebih dahulu di khemah yang menjadi tempat tinggal pekerja tersebut. Harga yang diberikan adalah SR25 untuk satu jam bagi ATV yang bersaiz sederhana yang sesuai untuk kami. Kami menyewa tiga buah ATV. Kami menaiki ATV dan terus memasuki kawasan padang pasir yang penuh dengan bukit pasir berwarna kemerahan. Sekitar kawasan tersebut juga dijadikan kawasan piknik di mana kebanyakannya mereka datang sejak awal pagi. Mereka menyewa khemah, masak-masak , makan-makan, berbual dan menaiki ATV sehingga waktu tengahari atau petang. Mereka datang bersama keluarga atau rakan-rakan. Sewa ATV di Thummamah lebih mahal, sekitar SR40 sejam, walaupun lebih bayak ATV di situ.
|
Itu dia....nak sampai dah |
|
Banyak kereta dan khemah. |
|
Khemah pekerja yang menyewakan ATV |
Kawasan meletak kereta bagi yang tidak berani masuk ke kawasan padang pasir
|
Suasana meriah sekali |
|
Berlapis-lapis bukit pasirnya |
Kawasan bukit pasir berwarna merah ini terdiri dari dua bahagian yang utama iaitu kawasan bukit pasir yang tinggi dan kawasan bukit pasir yang rendah. Kebanyakan kawasan berkelah terletak di sekitar bukit pasir yang rendah dan lapang. Manakala kawasan bukit pasir yang tinggi hanya ditakluki oleh mereka yang sudah mahir sahaja. Mereka menggunakan kereta 4WD atau ATV untuk mendaki bukit pasir yang tinggi, curan dan lembut beralun itu. Skil yang tertentu diperlukan untuk melakukan aktiviti lasak sebegitu rupa. Kami hanya memandang dari jauh melihat deretan kereta dan ATV memanjat bukit berpasir tersebut. Terasa seriu juga apabila melihat ATV atau kereta memanjat laju bukit pasir tersebut. Kami hanya mampu melihat dari jauh kerana tidak berpeluang mendekatinya.
|
Kelihatan kereta dan ATV memanjat bukit pasir yang tinggi |
Kami hanya dibenarkan menaiki ATV yang disewa di kawasan bukit pasir rendah bersebelahan dengan bukit pasir yang tinggi. Terdapat kawasan berpagar sebagai check point, laluan mana yang dibenarkan oleh pemilik ATV. Itu pun tidak mampu kami habiskan kerana kawasannya begitu luas lagi pula bukit pasir tersebut begitu halus jadi pergerakan kami agak terbatas.
|
Sempadan yang dibenarkan. Bintik2 macam semut itu
adalah ATV yang sedang menaikit bukit pasir. |
|
Sempadan |
|
Selfie sekejap |
|
Sampah memang banyak....sedih betul |
|
Mampu menghilangkan stress bekerja |
|
Bekas laluan |
|
Menghiburkan |
|
Banyak juga tumbuhan liar yang tumbuh di celah-celah
bukit pasir. |
|
Bunga liar padang pasir |
|
Akan jadi kenangan. |
|
Luas dan cantik
|
|
Sudah habis masa yang diberi selama satu jam. Pekerja akan
segera mengekori di mana kita berada setelah tamat tempohnya. |
Masa berlalu dengan begitu pantas sedang diri baru mula mahir meredah bukit pasir yang lembut dan beralun itu. Beberapa kali juga Saffura dan aku tersangkut terutama di lereng bukit pasir yang tajam dan curam. Yang penting kami tidak terjatuh, maklum ramai juga orang di sekeliling kami. Lewat petang juga kami bertolak pulang ke rumah dengan mengambil laluan yang tidak sama seperti yang kami datang tadi. Laluan ini membolehkan kami melihat ladang-ladang kurma, binatang ternakan, stesen satelit dan ladang kuda.
|
Ladang kurma sebelah Red Sand |
|
Gurung berbatu |
|
Stesen Satelit |
|
King Abdulaziz Arabian Horses Center |
|
Melalui celah-celah pagar ternampak kuda-kuda yang kacak |
|
Mentari mula terbenam. |
zias/riyadh/16
Tiada ulasan:
Catat Ulasan