BismillahirRahmanirRahim
Puasa itu hanya 1% untuk menahan diri dari makan dan minum,
99% bakinya untuk membawa hati dan jiwamu semakin
dekat kepada Allah SWT.
Posting kali ini agak panjang maklumlah kuih ini viral semenjak bermulanya bulan Ramadan 2020. PKP menyediakan ruang yang banyak untuk ibu-ibu mencubanya. Senang sahaja untuk menyediakan adunan kuih ini namun masalahnya ialah untuk membuat sarung/sarang kuih ini. Sukar bagi mereka yang mahu mencuba buat kali pertama. Masa yang lama dan kesabaran amat diperlukan sesuailah dengan bulan Ramadan yang mahu mendidik kita supaya lebih bersabar. Resepi KakJee ini adalah gabungan beberapa resepi dari Fb dan Youtube yang dikongsikan, banyak juga resepinya.
Daun pisang dilayur dahulu. Dapatkan bahan yang sesuai untuk dijadikan alat untuk membuat sarung kuih. Boleh guna 2 kotak mancis sebagai alat. Ukur panjang daun pisang ikut alat yang digunajkn. |
Perlu dua helai daun pisang ya supaya sarung lebih kukuh. |
Lipatkan daun pisang macam ni ikut ketinggian alat yang digunakan. |
Balut tepi salah satu bahagian, macam balut hadiah. |
Susun dalam bekas supaya senang untuk tuang adunan nanti. Juga supaya kekal cantik dan tidak kembang kuih naanti. |
Resepi Tepung Pelita
Bahan2: untuk 20 biji
Bahagian bawah
1 cawan gula
1 cawan tepung beras
1 cawan air daun pandan
3 cawan air
Pewarna hijau epal jika perlu
1 sudu besar air kapur (tak letak)
Gula halus secukupnya
Cara:
1.Masukkan 1 sudu kecil gula pasir ke dalam sarung tepung pelita.
Macam banyak aje...boleh kurangkan. |
2.Campurkan semua bahan di atas dan kacau sehingga larut dan tapis. Masak sambil sentiasa
dikacau sehingga pekat atau keluar gelembung-gelembung udara yaang membuak.
Guna non stick pan |
3. Dengan cepat tuang ke dalam sarung sampai habis sebaik tutup api. Kena cepat kerana adunan
akan cepat keras.
Bahagian bawah |
Bahagian Atas:
1 kotak kecil santan pekat jenama Ayam + air supaya menjadi 4 cawan santan
4 sudu besar membukit tepung beras
1 sudu kecil garam (sebaiknya rasa)
Cara:
1.Campurkan semua bahan di atas dan kacau sehingga larut dan tapis. Masak sambil sentiasa
dikacau sehingga pekat atau keluar gelembung-gelembung udara yaang membuak.
2.Dengan cepat tuangkan di atas dalam sarung tadi. Tuang sekali sahaja supaya hasilnya licin
dipermukaannya. Jangan tuang lagi lebihan di atasnya.Tak cantik nanti.
3.Sejukkan. Elok disimpan dalam peti sejuk dan dikeluarkan apabila nak makan. Ehmmm.
Tarra.....Alhamdulillah menjadi |
Selamat Mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan