BismillahirRahmanirRahim
Jalani hidupku seperti seolah-olah setiap harinya adalah Ramadan,
maka Akhirat akan menjadi hari rayamu.
Sewaktu kecil dahulu kurma daging hanya mampu dirasa sewaktu menghadiri kenduri kahwin sahaja. Ianya begitu istimewa dan lazat sungguh. Masih terbayang bagaimana ketika itu lauk pauk dihidang untuk empat orang makan. Selagi tidak cukup kuota, kena tunggu. Semual lauk pauk dikongsi bersama. Jadi daging kurma yang dihidangkan agak besar saiznya tetapi lembut nya hai. Bersama kurma daging ada ayam masak merah atau kari ayam dan sayur kacang panjang serta satu lagi jenis sayur.
Kali ini KakJee mahu berkongsi resepi Kurma Daging, sebelum ini ada KakJee kongsikan resepi Kurma Ayam mamak style. Resepi ini mempunyai bahan tambahan iaitu serai dan kerisik. Rasanya lebih sedap.
Resepi Kurma Daging
Bahan2:
250 daging lembu dipotong
3-4 sudu besar rempah kurma jenama Adabi
1/2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 biji buah keras*
bahan * ditumbuk halus
1 biji bawang besar dibelah 4
2 batang serai diketuk
2 sudu besar kerisik
1 cawan santan
Garam
Minyak masak
Penumis
1 helai daun pandan
1 biji kentang dibelah 6
Cili merah dan cili hijau
Tomato (tak letak)
Air
Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan bahan yang ditumbuk, serai dan penumis. Kacau
sehingga wangi.
2.Masukkan rempah kurma dan kacau hingga rata sekejap sahaja. Masukkan sedikit air dan kerisik.
Kacau hingga pecah minyak.
3.Masukkan daging dan daun pandan. masak sehingga daging lembut. (KakJee guna periuk tekanan)
4.Masukkan santan dan air jika perlu. Bila mendidih masukkan kentang dan perisakan dengan garam.
5.Masak dengan api perlahan sehingga daging dan kentang lembut. Jangan lupa masukkan bawang
dibelah 4.
6.Masukkan cili dan tomato, biarkan sekejap dan tutup api.
Tak perlu masak banyak di bulan Ramadan ni. |
Selamat Mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan