Isnin, 4 Mei 2020

Rasa Dapur KakJee (343) - Ketam Masam Manis


BismillahirRahmanirRahim



Ya Allah , terimalah puasa kami di bulan Ramadan yang indah ini. Aamiin.


Lama juga tak makan ketam, ada rezeki di bulan Ramadan. Walaupun saiznya agak kecil namun dapatlah melepaskan geram. Puas juga memikirkan resepi yang sesuai. Nak buat masak lemak, baru dua hari lepas KakJee buat masak lemak cili padi ayam. Ehmm nampak gayanya masak masam manis yang sesuai. Ini resepi yang biasa KakJee masak untuk ikan. Cuma ketam ini KakJee rebus terlebih dahulu dan masukkan telur di dalam kuahnya nanti. Satu lagi resepi ini tidak menggunakan sos tomato sebab kebetulan sosnya dah habis. Lagi pula keluarga KakJee tidak begitu gemar masakan yang ada sos tomato.

Resepi Ketam Masam Manis
Bahan2:
4 ekor ketam dibersihkan
1 inci halia dihiris
5 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar dihiris
2 sudu besar cili kering kisar
1 cawan sos cili
Nenas
2 biji telur
Garam
Sedikit minyak masak

Cara membuatnya:
1.Rebus ketam bersama kulitnya sehingga separuh masak atau kulit bertukar warna. Ambil air rebusan ketam.
2.Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia. Kacau sehingga bau harum dan sedikit perang warnanya.
3.Masukkan cili kering kisar dan masak sehingga garing. Masukkan sos cili dan kacau sehingga sebati.
4.Masukkan air rebusan ketam dan tambah air lagi jika perlu.Biarkan mendidih.
5.Pecahkan telur dan kacau supaya telur hancur.
6.Masukkan ketam, nenas , bawang besar dan perisakan dengan garam.
7.Perlahankan api dan masak hingga agak pekat.


Selamat Mencuba


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...