Selasa, 5 Mei 2020

Rasa Dapur KakJee (344) Kari Kepala Ikan


BismillahirRahmanirRahim



Orang miskin adalah dia yang meninggalkan Ramadan 
masih sama seperti sebelumya



Suami KakJee bawa balik seekor ikan jenahak hari ini.  Kepalanya yang besar membuatkan aku teringat kari kepala ikan. Aku guna resepi biasa sahaja yang saban minggu aku gunakaan untuk menyediakan kari ikan. Tapi kali ini karinya begitu sedap mungkin ikannya yang segar. Sewaktu sahur pun kami masih berselera makan bersama nasi. Tak cukup nasi aku panaskan  roti prata pula. Sedap sungguh la sehingga menjilat jari.

Resepi Kari Kepala Ikan Jenahak
Bahan2:
Kepala dan potongan isi kan jenahak yang dibersihkan
4 sudu besar rempah kari ikan jenama Adabi
1 sudu besar serbuk cili
1/2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
bahan * ditumbuk/kisar
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 tangkai daun kari
Satu mangkuk air asam jawa
Sedikit halba
Sedikit jintan putih
1/2 cawan santan pekat
Garam
1/2 senduk Minyak masak
Air
Terung bulat dibelah 4
Bendi
Tomato dibelah 4
Sedikit cili padi

Cara Membuatnya:
1.Panaskan kuali dan masukkan halba dan jintan putih, goreng tanpa minyak sehingga jintan melompat-lompat dalam kuali.
2.Masukkan minyak masak dan biarkan panas. Tumis daun kari bersama tangkainya diikuti hirisan bawang besar dan bawang putih. Kacau hingga agak garing dan masukkan bahan kisar dan masak sehingga naik bau.
3.Masukkan rempah dan serbuk cili dan kacau sekejap jangan sampai hangit. Terus masukkan 1/4 cawan air. Kacau sehingga rempah pecah minyak. Masukkan air asam dan santan. Biar mendidih boleh masukkan terung.
4.Bila terung dah lembut masukkan kepala ikan dan isi ikan dan perisakan dengan garam.
5.Bila hampir masak masukkan bendi, cili padi. Tomato masuk akhir sekali sebelum tutup api.



Nak nak siap


Selamat Mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...