BismillahirRahmanirRahim
Harap tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin buat semua pengunjung blog ini. Sudah 17 Syawal baru perasan belum membuat sebarang catatan berkaitan raya tahun ini.
Poskad raya. |
Ada pantun lagi. |
Alhamdulillah tahun ini saya berkesempatan membuat poskad khas untuk mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua sahabat yang pernah membeli buku-buku travelog Fauziah Abdul Hamid. Saffura ditugaskan untuk design poskad tersebut, urusan bermula di awal Ramadan. Poskad-poskad tersebut dipos dua minggu puasa dengan stem bernilai 30 sen.
Tidak ramai yang menerimanya sebelum hari raya, kebanyakannya terima selepas raya. Ada yang berkongsi berita penerimaan tersebut di FB, teruja sungguh mereka. Maklumlah sudah sekian lama tidak menerima kad raya. Ada yang berwasap mengucapkan terima kasih. Selepas berakhir cuti hari raya semakin ramai yang menerimanya. Lambat sungguh !
Apa pun saya bersyukur kerana dapat berkenalan dengan ramai peminat buku asbab buku-buku travelog saya tu. Bertambah semangat untuk menulis dan menerbitkan buku lagi. Doakan kejayaan saya ya.
Bagaimana sambutan hari raya tahun ini?
Kami mengambil keputusan untuk beraya di rumah sahaja memandangkan keadaan Mak Mertua yang agak uzur untuk beraya di Penang. Selepas solat hari raya, kami beraya di Sri Menanti kemudian hantar Mak beraya di Melaka.
Jom tengok persediaan sehari sebelum raya. Masak-masak sahaja kerjnya.
Encik Suami menganyam ketupat. |
Hasilnya. |
Kuah lodeh |
Rendang ayam, kuah kacan dan buat lebih awal dan disejuk beku. |
Gambar raya. |
Gambar raya |
Di rumah abang En Suami di Sri Menanti. |
Bersambung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan