KEMBARA
ILMU FOTOGRAFI DI SHAH ALAM
Pagi hari Ahad yang cerah, pada 24 November 2019 seawal pukul 7.00 pagi
aku sudah bergerak menuju ke Shah Alam. Dengan tenang suamiku memandu kereta di
jalan raya yang terasa begitu lapang tanpa banyak kenderaan berbanding dengan hari bekerja. Jarak sejauh 40 kilometer dari
rumahku kami lalui dalam masa lebih kurang 50 minit. Kali ini aku akan mengikuti kursus Bengkel Penulisan Travelog.
Sejujurnya aku memang suka mengambil gambar apatah
lagi setelah menerjunkan diri di dalam dunia penulisan travelog. Prinsip aku selama ini ialah ambil gambar dahulu, ceritanya boleh difikirkan kemudian. Lantas aku
kurang menghayati objek yang mahu dirakamkan. Mujurlah aku ini jenis yang sedar
diri lalu berusaha memperbaiki kekurangan diri. Aku mahu belajar untuk
mendapatkan gambar yang menarik agar pembaca terpaku melihat indahnya
gambar-gambar di dalam buku-buku aku nanti.
Seperti yang ditetapkan oleh penganjur kami diminta
berkumpul di kawasan Kedai Kopi Taman Tasik Shah Alam pada pukul 8.00 pagi. Aku
sampai pada pukul 7.50 pagi. Semasa turun dari kereta aku sudah terpandang
seseorang yang memakai baju berwarna
biru. Sesuai dengan permintaan pihak penganjur.
Dengan senang hati aku mendekatinya dan bertanya,
“Peserta bengkel fotografi ke?”
Dia pun tersenyum dan membalas pertanyaanku,"Ya." Suzana namanya.
Taklimat dimulakan sebaik sahaja semua peserta seramai 15
orang selesai menikmati nasi lemak sambil berkenalan antara satu sama lain.
Sambil mendengar syarahan oleh Encik Ahmad Safir A Gani, ada sahaja pertanyaan
dilontarkan oleh para peserta. Beberapa panduan asas mengambil gambar menggunakan telefon pintar semasa
pengembaraan atau travel diberikan.
Gambar-gambar miliknya yang dicetak dalam saiz yang
besar dijadikan contoh bagi setiap panduan yang diberi. Semestinya para peserta
begitu kagum dengan gambar-gambar yang ditunjukkan. Encik Ahmad Safir A Gani adalah jurufoto profesional dan pengasas Jurufoto.com (https://jurugambar.com). Melalui laman sesawang ini beliau memaparkan foto-foto menarik dan artikel yang berkaitan dengannya.
Usai taklimat oleh Encik Ahmad Safir A Gani pada pukul 11.00 pagi, semua peserta
dibawa menaiki sebuah van dan selebihnya menaiki kenderaan Encik Zaidi Ismail.
Taman Botani Negara Shah Alam menjadi lokasi kami yang kedua untuk
mengaplikasikan ilmu yang baru diterima. Setelah masing-masing membeli tiket
berharga RM3, kami pun masuk ke dalam kawasan Taman Botani, Kali ini kami
dibahagikan kepada dua kumpulan.
Kumpulan Encik Ahmad Safir A Gani diajar bagaimana
mengambil gambar seperti yang dipelajari. Masing-masing mula
menggunakan telefon pintar untuk merakam gambar sebaik mungkin. Apa sahaja yang
dilhat menarik menjadi tumpuan kami. Semua peserta tanpa rasa malu mahu
mendengar komen bagi setiap gambar yang diambil.
Bangunan, dinding, kanak-kanak yang sedang
berbasikal, sawah padi, pokok menjalar, pokok pinang, denai dan langit yang
membiru menjadi bahan untuk dirakamkan. Ilmu berkaitan dengan perisian yang
boleh diambil melalui telefon pintar untuk menambah nilai terhadap gambar yang
diambil turut dicurahkan. Nyata perisian
tersebut menjadikan gambar bertambah ‘wow’ dan melekat lebih lama untuk ditatap.
Ketika keluar dari lokasi taman itu, kami berpeluang beramah mesra dengan kumpulan Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika (AWETA) yang diketuai oleh Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir. Mereka sedang mengadakan pameran bersama tiga orang wanita lain iaitu Siti Jumaidah Bensali, Salehah Abu Nor dan Nurul Atiqah Tamarun. Mereka berempat akan ke Antartika pada 18 Disember 2019. Misi mereka ialah untuk membawa balik kapsul lama yang ditanam beliau pada tahun 2004 dan menanam kapsul masa baharu.
Aktiviti berehat sebentar apabila kami dibawa
menikmati makan tengahari di Medan Selera yang terletak di Seksyen 2, Shah
Alam pada pukul 12.30 tengah hari. Seterusnya kami ke lokasi ketiga iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah.
“Saya pernah melihat Blue Mosque di Kuala Lumpur,”
kata Ahmed, petugas di kaunter Zeynep Hotel Istanbul mengejutkan kami buat
seketika.
“Ohh…Masjid Shah Alam.” Sambut aku dan suami
setelah Ahmad menjelaskan ciri-ciri masjid yang dilihatnya.
Sejak itu kami mengelarkannya Masjid Biru, sesuai
dengan kubahnya yang berwarna biru. Blue
Mosque atau Masjid Ahmad di Istanbul pun tidak sebiru Masjid Shah Alam. Selepas
solat kami tidak melepaskan peluang untuk mencari sudut-sudut yang sesuai untuk
dirakamkan.
Pukul 3.00 petang kami tiba di lokasi terakhir iaitu
Selangor International Islamic Arts Complex terletak tidak jauh dari masjid. Kali ini kumpulan kami
berguru pula dengan Encik Zaidi Ismail. Aktif menulis artikel di dalam majalah Dewan bahasa, Pelita Bahasa dan Klik Web DBP juga beberapa buah buku. Turut memberi ceramah, membentangkan kertas kerja dan kursus penulisan dokumen rasmi di pelbagai jabatan dan kementerian.
Beberapa panduan untuk menulis esei berbentuk travelog. Selain gambar yang menarik dan berkaitan dengan cerita, maklumat yang berkaitan dengan lokasi, tarikh, masa, jarak temph dan peta perlu disertakan. Unsur-unsur yang berkaitan dengan masyarakat setempat, bahasa dan budaya boleh juga dijadikan fokus penulisan. Membuat catatan dalam telefon pintar dan media sosial seperti Facebook dan Instagram (IG) amat membantu.
Suasana yang agak panas dan agak
sibuk di ruang hadapan kompleks tidak langsung menghilangkan tumpuan kami untuk
menadah ilmu yang diberi.
Bengkel berakhir di kompleks ini dengan ucapan
penutup oleh penganjur bengkel iaitu
Puan Nurul Syahida Hassan pengasas Syarikat Syahida Hassan Enterprise (SHE).
Tidak lupa beliau mengingatkan akan tugas yang perlu disiapkan oleh para
peserta. Akhir sekali kami bergambar buat kenangan di hadapan bangunan
kompleks.
Pukul 5.00 petang kami kembali ke Taman Tasik Shah Alam. Sempatlah kami menikmati
minum petang di Kedai Kopi sebelum semua peserta kembali ke pangkuan keluarga
masing-masing. Banyak ilmu yang diperolehi hari ini sama ada secara teori atau
praktikal. Kini masanya mengaplikasi apa yang sudah dipelajari. Terima kasih
kepada semua yang terlibat di dalam bengkel ini.
Berikut adalah beberapa kaedah yang telah dipelajari berserta contoh.
Gambar Kaedah Garisan Utama (Leading Line). Cari garisan menuju objek/tempat. |
Gambar Kaedah Garisan utama (Leading Line) Cari leading line untuk fokuskan sunjek. |
Gambar Kaedah Berlapisan (layering) Layering - Foreground, Midground & Background |
Gambar Kaedah Bingkai (Framing)@ Frame dalam Frame
Contoh frame adalah tingkap,pintu,pintu gerbang dan lain2 objek. |
Gambar Kaedah tengah/simetri. Penggunaan warna kontra seperti merah, biru dan kuning untuk menonjolkan objek. |
Gambar Kaedah Corak & Tekstur.(Pattern & Textures) Puan Nurul Syahida Hassan |
Gambar Kaedah Moving Subject |
Gunakan grid mendatar dan menegak sebagai rujukan. Bahagikan langit dan bumi/lautan dengan garis lurus mendatar.Lebihkan ruang untuk langit.(2x) |
Panduan am mengambil gambar kembara
1.Warna pakaian - Pilih baju/tudung/beg dan sebagainya berwarna terang seperti merah, kuning atau biru. Terutama jika di kawasan nature/alam di mana persekitarannya hijau, biru gelap dan kelabu. Atau persekitaran salji. Pastikan apakah warna majoriti tempat yang dituju.Penggunaan warna kontra akan menonjolkan subjek utama dalam gambar.
2.Melihat warna persekitaran - Gambar yang menarik adalah gambar yang mempunyai warna yang ceria.Dalam gambar wujudkan suasana separation between subject and background, jangan blend subjek utama dengan background.
3.Tiada subjek/imej dalam gambar yang menjadi pengacau yang boleh menganggu penglihatan untuk melihat subjek utama atau ganggu keceriaan gambar.
Beg kuning dan tudung biru sebagai warna kontra. Pengacau adalah objek dalam bulatan. |
5.Gambar Menegak & Melintang - Banyakkan gambar dalam bentuk melintang/horizontal/landscape.
Terlalu banyak gambar menegak, sukar untuk melihat keseluruhan suasana lokasi berkenaan.
6.Paras Mengambil Gambar (level of shooting) - Ambil gambar dari aras
- bawah mata
- dada
- pinggang
Mengambil gambar secara berdiri tegak biasanya menjadikan subjek manusia kelihatan pelik seperti nampak pendek.
7.Tetapan Kamera (Camera's Setting) -
-Aktifkan fungsi HDR dalam kamera.
-Jangan aktifkan funsgi 'noise reduction'. Ia akan menjadikan gambar 'soft' dan tidak jelas (sharp)
- Gunakan fungsi panorama untuk landscape.
- Jangan guna format gambar 16.9 sebab ambil gambar vertical/menegak, gambar akan mempunyai
keluasan yang pelik.
- Kawal kecerahan/exposure
- Jangan zoom
8.Perisian dan peralatan tambahan
-Snapseed untuk edit gambar yang diambil
-guna gorilla pod untuk telefon.
9.Banyakkan latihan ambil gambar.
10.Teknik Pantulan
-Boleh menggunakan cermin, lopak air,sungai, laut,bangunan bercermin,permukaan berkilat
dan lain-lain.
11.Gambar 'close up'lebih menarik kerana memfokuskan sunjek dan menghasilkan gambar yang
lebih terperinci.
12.Gunakan tetapan manual
-Seperti 'esposure','balance','ISO' dan 'shutter speed' bersesuaian dengan pencahayaan.Nampak
gambar lebih professional.
Selamat Mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan