Acar rempah ini
memang sedap walaupun diratah begitu sahaja. Ianya resepi asli emak mertuaku.
Semasa emak masih kuat memasak di dapur, acar rempah menjadi bekalan untuk
dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Ianya begitu disukai oleh kebanyakan ahli
keluarga dan boleh disimpan dalam tempoh yang lama di dalam peti sejuk. Walau
nampak ringkas ,resepi ini memerlukan gabungan bahan-bahan yang secukupnya bagi
menghasilkan rasa yang menyelerakan. Namun penggunaan kerisik segar adalah
punca utama kepada keenakan rasanya. Di Riyadh aku menyediakan sendiri kerisik.
Menyediakan kerisik tidaklah sesusah zaman dahulu di mana kita terpaksa
menggoreng kelapa dalam tempoh yang lama sehingga garing keperangan. Kemudian
menggilingnya untuk mendapatkan hasil yang menarik. Di Riyadh aku membakar
kelapa di dalam oven dengan kepanasan yang agak sederhana. Kemudian aku akan
memesin kelapa yang telah garing dengan pengisar kering lalu menyimpannya di
dalam peti sejuk.
Timun di Riyadh bersaiz kecil dan dijual dengan harga yang
sangat murah. Timun menjadi makanan kegemaran masyarakat di sini untuk
dijadikan salad untuk dimakan bersama nasi Arab. Sesekali makan nasi bersama
acar rempah memang menyelerakan.
Bismillahirrahmanirrahim
Bahan2:
4 biji timun - dibelah dua,dibuang isinya dan dipotong
memanjang dan digaul dengan 2 sudu besar gula dan
1 sudu kecil garam. Biarkan 30 minit kemudian ditoskan.
memanjang dan digaul dengan 2 sudu besar gula dan
1 sudu kecil garam. Biarkan 30 minit kemudian ditoskan.
3 biji bawang
besar –dipotong empat
3 biji cili
merah – dibuang biji dan dipotong memanjang
3 biji cili
hijau – dibuang biji dan dipotong memanjang
3 sudu besar ketumbar
1 ½ sudu besar jintan
manis
½ sudu teh jintan
putih
(ketumbar,jintan
manis dan jintan putih disangai dan dimesin)
Kalau kurang rajin boleh guna dalam bentuk serbuk
yang sedia ada
yang sedia ada
2/3 sudu besar kerisik
Air asam jawa
secukupnya( 1 mangkuk kecil)
4 jenis penumis
1 inci halia
4 ulas bawang
putih
(Halia dan
bawang putih dihiris nipis dan digaul bersama
rempah tadi)
rempah tadi)
Rempah digaul bersama halia dan bawang putih |
Cara Membuatnya:
1.Panaskan
minyak dan masukkan bawang besar, cili
merah dan cili hijau. Goreng sebentar dan angkat.
merah dan cili hijau. Goreng sebentar dan angkat.
2.Gunakan minyak
yang sama untuk masak yang
berikutnya. Tambah minyak jika perlu.
berikutnya. Tambah minyak jika perlu.
3.Masukkan penumis
dan rempah yang digaul dengan
halia dan bawang putih. Kacau sehingga naik bau.
(bawang dan halia hampir garing)
halia dan bawang putih. Kacau sehingga naik bau.
(bawang dan halia hampir garing)
4.Masukkan air
asam, kacau dan biarkan sehingga mendidih
5.Masukkan timun
yang telah ditoskan bersama dengan
bawang besar, cili merah dan cili hijau
bawang besar, cili merah dan cili hijau
6.Masukkan
kerisik dan kacau sehingga agak rata dan
tambahkan garam jika perlu. Perlahankan api dan biarkan
agak pekat dan pecah minyak.
tambahkan garam jika perlu. Perlahankan api dan biarkan
agak pekat dan pecah minyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan