Khamis, 25 Jun 2015

Dapurku D'Riyadh (34) - Rojak Pasembor


Teringat tahun 80an dibawa kakak-kakak shopping kat Penang Road. Di celah-celah kedai yang pelbagai kami mencari barang keperluan dan paling tidak boleh dilepaskan ialah menjamu selera rojak mamak. Terbaik rasanya sehingga sekarang tidak berjumpa gantinya. Rojak Pasembor mamak memang sedap tapi kami memang terlalu jarang masuk ke kedai mamak semenjak pelbagai isu timbul. Namun ada satu kedai makan bernama Amjal yang terletak di persimpangan jalan ke Menara Telekom berdekatan dengan Universiti Malaya ada menjual rojak pasembor yang sedap. Hujung minggu, kami suka makan rojak pasembor di situ tapi malang sekali  gerai menjual rojak pasembor di dalam kedai tersebut sudah ditutup

Satu hari di Riyadh aku terpandang tauge yang agak cantik dan segar di Tamimi Markets. Biasanya tauge di sini lebih banyak hitamnya , kecil dan kurang menyelerakan. Aku terfikir jika dibuat cucur udang pasti sedap. Taugeh di sini agak mahal, SR3.50 bagi satu bungkusan seberat 250g. Puas mencari resepi yang sesuai akhirnya Blog Himpunan Resepi Bonda menjadi pilihan. Cucur udangnya memang ranggup sepadan cucur udang yang dimakan digerai cucur udang yang terkenal di Alor Gajah Melaka.

Bismillahirrahmanirrahim

 Resepi Cucur Udang

Bahan2:

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar kelapa parut kering
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 paket yis kering
2 cawan air suam + 1 sudu kecil gula
3/4 sudu garam
Sedikit kunyit
Tauge
Udang
Daun bawang dihiris nipis

Cara Membuatnya
1. Yis dicampur dengan air suam dan gula. Kacau dan biar
    sehingga berbuih.
2. Campur semua bahan di atas ke dalam sebuah bekas
    kecuali udang,taugeh dan  daun bawang. Kacau supaya
    rata dan sebati. Biarkan satu jam sehingga adunan naik
    dan berbuih.
3. Panaskan minyak di dalam kuali. Letakkan adunan
    di atas senduk, letakkan tauge,daun bawang dan udang.
    Goreng sehingga garing atau kekuningan.

Dapat 6-7 biji cok udang besaq

Resepi kuah Pasembor

Bahan2:
250g keledek -rebus dan kisar halus
1 sudu besar udang kering(direndam)
40 g kacang -dibakar dan dimesin
8 keping cili kering
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/4 cawan gula @ gula melaka
4 keping biskut marie rendam dalam air
(ganti biskut ulker yang dimesin)
1 sudu besar asam jawa+ 1 cawan air

Cara Membuatnya:
1. Goreng cili kering, bawang besar dan bawang
    putih bersama sedikit minyak.
2. Mesin semua bahan yang digoreng bersama
    dengan udang kering.
3. Masukkan semua bahan ke dalam sebuah periuk
   dan panaskan. Reneh sehingga pekat.

Letak spageti sebagai tambahan

Kat Riyadh tak ada sengkuang, letak kentang rebus
okay jugak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...