Khamis, 18 Jun 2015

Dapurku D'Riyadh (29) - Lepat Pisang


Pisang tanduk memang sedap jika digoreng bersalut tepung tapi jika terlalu ranum boleh dibuat lepat. Haha..di LuLu Hypermarket memang ada je stok pisang tanduk. Kami memang peminat pisang tanduk. Walau bagaimanapun pisang tanduk di Riyadh di import dari India dan saiznya kecil berbanding dengan saiz pisang tanduk dari Malaysia. Daun pisang masih ada bakinya, jadi aku pun buat lah lepat pisang pulak.

Pisang Tanduk..India mari


Kelapa parut putih yang disejuk beku


Bismillahirrahmanirrahim.

Bahan2:
2 biji pisang tanduk (pisang lain pun boleh)
1/2 cawan tepung gandum
2 ketul gula Melaka (saiz kecil)
(dimasak dengan daun pandan sehingga agak pekat)
2 sudu besar sagu biji(direndam)
2 sudu santan kelapa pekat (jika suka)
Sedikit garam
Daun pisang
Sedikit kelapa parut putih yang dicampur garam


Cara Membuatnya:
1. Lenyek pisang sehingga hancur didalam sebuah bekas yang sesuai.
2. Masukkan air gula,sagu biji,santan dan garam.Gaul sehingga sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam daun pisang yang sudah dilayur,dibersihkan
    dan dipotong.
4. Letakkan kelapa parut dibahagian tengahnya dan kemaskan.
Letak kelapa sebagai inti menambah rasa sedap
5. Kukus selama 10 -15 minit atau sehingga masak.
    
Dah masak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...