Amalan
Sunat ketika berpuasa di bulan Ramadhan
Rasulullah SAW berkhutbah pada
akhir bulan Sya'ban dan bersabda baginda:
"Hai semua manusia, telah
tiba kepadamu bulan yang besar dan berkat, bulan yang mengandungi lailatul
qadar yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang diwajibkan oleh Allah
kepada hamba-Nya supaya berpuasa dengan bangun malam hanya sunat, maka siapa
yang mengerjakan yang sunat dalam bulan itu, maka sama dengan orang yang mengerjakan
fardu di lain bulan dan siapa yang mengerjakan fardu di bulan itu bagaikan
tujuh puluh fardu di lain-lain bulan. Dan ia bulan sabar, sedang sabar itu
pahalanya adalah Syurga dan ia sebagai bulan bantuan dan pertolongan dan bulan
yang ditambahkan padanya rezeki orang mukmin, sesiapa yang memberi buka puasa
kepada orang-orang yang berpuasa mendapat pahala bagaikan memerdekakan budak
dan menjadi pengampunan bagi dosa-dosanya. "
Abul Laits meriwayatkan dengan
sanadnya dari Salman Al-Farisi r.a. berkata:
1.Menyegerakan
berbuka puasa setelah masuk waktu Maghrib.
Sunat berbuka dengan buah kurma dan segelas air.
Sunat berbuka dengan buah kurma dan segelas air.
"Sesungguhnya
hamba-hamba-Ku yang paling Aku sukai ialah mereka
yang menyegerakan berbuka.
" (Riwayat:
Imam Ahmad dan Tirmizi)
2.Bacalah
doa ketika berbuka
Ertinya: "Ya Allah, untuk Engkaulah puasaku,
dan dengan Engkaulah
aku beriman, dan atas adanya rezeki Engkaulah aku berbuka,
disertai
dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pengasih. "
3.
Melambatkan makan sahur.
"Barangsiapa yang akan
berpuasa hendaklah dia makan sahur
sekalipun hanya sedikit. " (Riwayat Imam Ahmad)
4. Membanyakkan ibadah
di malam hari sepanjang berpuasa di bulan Ramadhan. Solat Tarawih pada setiap
malam Ramadhan dan witirnya.
5.Membaca doa Qunut pada rakaat akhir solat
witir mulai malam
15 Ramadhan sampai akhir bulan
15 Ramadhan sampai akhir bulan
6 .Berdoa dan berzikir setiap malam sesudah
witir
7.Bertadarus samada sendiri atau secara
berkumpulan
-
berniat mengerjakan tadarus di bulan puasa kerana Allah
-
tumpukan perhatian dan fikiran kepada ayat-ayat yang dibaca
-fahami dan rasailah kebesaran dan kehebatan Allah
-
jauhilah ingatan kepada permasalahan lain
- anggaplah setiap ayat yang dibaca ditujukan
kepada diri sendiri
- apa
yang dibaca biarkan terkesan di hati
-bacalah dengan jelas ,teratur dan jika boleh tajwid yang betul
8.Beriktikaf di masjid terutama pada sepuluh
hari terakhir Ramadhan.
"Pada sepuluh hari
terakhir (di bulan Ramadhan), Rasulullah lebih
tekun mendirikan sembahyang
melebihi hari-hari yang lain.”
[Hadis Riwayat Imam Ahmad]
9.Membanyakkan ibadah malam terutama di 10 terakhir
di bulan Ramadhan.
Sesungguhnya Nabi SAW manakala
telah memasuki sepuluh hari
terakhir di bulan Ramadhan, baginda selalu
melakukan
sembahyang malam, membangunkan keluarganya dan dengan
mengencangkan
kainnya (sarung)."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
10.Memperbanyakkan sedekah.
عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ
فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام
يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ يَعْرِضُ عَلَيْهِ
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ
جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ
الْمُرْسَلَةِ
صحيح البخاري - (6 / 470)
Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas r.a.`.katanya: Adalah Nabi
s.a.w. manusia yang
paling pemurah dengan kebaikan,
dan Baginda yang paling pemurah
adalah dalam bulan Ramadhan ketika
Jibril menemuinya, dan adalah Jibril
menemui baginda setiap malam pada bulan
Ramdan sehingga Ramadhan berlalau,
Nabi membaca al-Quran kepada Jibril. Apabila
Jibril `a.s. menemui Baginda,
Baginda adalah lebih pemurah dari angin
yang bertiup kencang
(dengan membawa hujan rahmat).
11.Menjamu orang-orang yang berbuka puasa.
Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud:
"Barangsiapa yang memberi makan
(untuk berbuka) kepada
orang yang berpuasa, maka ia beroleh puasa
mengurangi
pahala orang yang berpuasa sedikitpun. "
12.Menjauhi perkataan yang tidak berfaedah
13.Membanyakkan ibadah di bulan Ramadhan
kerana mengharapkan
keredhaan Allah.
Kelebihan sembahyang rawatib
عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ قَالَتْ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ
رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ
وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ
بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلَاةِ الْفَجْرِ
قَالَ أَبُو عِيسَى وَحَدِيثُ
عَنْبَسَةَ عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ فِي هَذَا الْبَابِ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
وَقَدْ رُوِيَ عَنْ عَنْبَسَةَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ
سنن الترمذى – (2 / 192)
Bermaksud: Daripada Umm Habibah r.a. katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang sembahyang pada satu hari dan satu
malam, 12 rekaat dibina untuknya sebuah rumah di syurga, iaitu empat rekaat
sebelum Zuhur, dua rekaat selepasnya, , dua rekaat selepas Maghrib, dua rekaat
selepas `Isya dan dua rekaat sebelum subuh.
Sembahyang tahajjud
Firman Allah:
وَمِنَ
اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ
مَقَامًا مَحْمُودًا ([الإسراء، 17 : 79]
Bermaksud: Dan dari waktu malam hendaklah engkau
bertahajjud, sebagai
sembahyang tambahan bagimu, semuga Tuhanmu membangkit dan
menempatkan engkau di tempat yang terpuji.
Perintah Allah ini sekalipun ditujukan kepada Rasulullah s.a.w.
tetapi ia juga dituntut kepada umatnya.
Waktu yang paling baik untuk tahajjud
عَنْ
أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم -
قَالَ « يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ
الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِى
فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِى فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِى
فَأَغْفِرَ لَهُ » (صحيح البخارى، التهجد)
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah r.a.`. bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda:
Allah s.w.t., Tuhan kita turun
ke langit dunia setiap malam, ketika tinggal lagi
satu pertiga malam
yang akhir, katanya-Nya: Sesiapa yang berdo’a kepada-Ku
maka Aku akan
perkenankan, sesiapa yang meminta kepada-Ku Aku akan
berikan kepada-Nya, dan
sesiapa yang meminta ampun kepada Aku,
Aku beri ampun kepadanya.
Hadis riwayat Abu Hurairah:
"Barangsiapa yang melakukan ibadah di
bulan Ramadhan kerana iman dan mencari
reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah lewat akan diampuni. "
reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah lewat akan diampuni. "
Sumber: Blog Paksi ,Blog Kawan Sejati dan Fb
Tiada ulasan:
Catat Ulasan