BismillahirRahmanirRahim
![]() |
Assalamualaikum.
Bagi ibu-ibu, tentu sibuk dengan juadah berbuka puasa dan sahur. Inilah masanya untuk mencuba pelbagai resipi yang dikongsi di laman sosial. Bagi Kak Jee pula, inilah waktunya membuat ulangkaji resipi-resipi kegemaran yang ada dalam blog ini. Semuanya sudah dicuba dan berjaya mendapat hasilnya, jadi tidak perlu risau kuih tak jadi.
Puasa kali ini Kak Jee berazam untuk membuat kuih yang tidak menggunakan tepung gandum dan gula putih serta elakkan yang bergoreng. Jika emergency, terpaksalah guna kuih frozen.
Kali ini kak Jee kongsikan resipi untuk buat kuih jala, kebetulan ada lebihan kari ayam. Rasanya lebih kurang sama sahaja jika guna tepung gandum.
Jom, kita mulakan.
Resipi Roti Jala Lipat Tanpa Gluten
Bahan2:
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung ubi kayu
1 biji telur
Sedikit kunyit
Sedikit garam
1 cawan santan pekat + air secukupnya
1 sudu minyak masak
Cara Membuatnya:
1.Campurkan semua bahan ke dalam mesin kisar dan kisar sampai sebati dan tapis.
2.Perisakan secukupnya, pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.
3.Panaskan kuali yang tidak melekat atau frying pan, sapu minyak pada permukaanya dengan daun pandan (supaya wangi).
4.Jalakan adunan dan biar sehingga masak dan angkat. Tak perlu terbalikkan.
Biarkan sejuk sekejap, boleh digulung atau lipat.
![]() |
| Macam ni, adunan agak cair. Pekatkan sikit, biar lebih halus. |
5.Ulang sehingga habis adunan, boleh dapat dalam 15 keping.
![]() |
6.Boleh dimakan dengan kari, rendang, sambal atau kuah durian.
Selamat mencuba!
![]() |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan