Ahad, 14 Jun 2015

Dapurku D'Riyadh (24) - Nasi Makluba Ayam


Istimewanya Nasi Makluba atau Up Side Down Rice ialah kerana dimasukkan sayur-sayuran bersama dan dibentuk dengan bentuk tertentu. Kebiasaanya bulat mengikut bentuk periuk. Terung yang digoreng terlebih dahulu menghasilkan bau dan rasa yang sangat enak. Pelbagai sayuran lain boleh dimasukkan seperti bunga kubis dan tomato.
Untuk menghasilkan bentuk bulat yang cantik merupakan satu cabaran kerana kadang kala nasi yang masak terlekat di periuk menjejaskan rupa bentuk yang diingini. Tidak ada rempah khas untuk digunakan tetapi jika mahu rasa berempah boleh ditambah sedikit all spices atau arabic spices.

Bismillahirrahmanirrahim

Bahan2:
1 ekor ayam (800 -900g )- dipotong 4
2 helai daun bay(salam)
1 keping kulit kayu manis
4-5 biji buah pelaga
3 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar didadu
1 sudu kecil all spices
1 biji terung (dipotong bulat,dikeringkan dan digoreng separuh masak dengan minyak)
1/4 biji bunga kubis(dipotong dalam saiz yang sesuai dan digoreng sedikit)
1 biji kentang(dibuang kulit,dipotong bulat dan digoreng separuh masak)
2-3 cawan beras basmati (dibasuh,direndam 30 minit dan ditoskan)
Minyak zaitun secukupnya
Air secukupnya
Garam
Goreng separuh masak

Cara Membuatnya:
1. Panaskan 2 sudu besar minyak masak, masukkan bawang besar dan
    goreng sehingga naik bau. Masukkan bawang putih dan kacau lagi.
2. Masukkan kulit kayu manis ,buah pelaga, rempah,daun bay dan garam.
    Kacau 1-2 minit dan masukkan ayam.Kacau lagi 4-5  minit dan
    masukkan air, anggaran 5 cawan.

3. Masak sehingga ayam lembut/masak. Keluarkan ayam.
4. Ambil sebuah periuk yang sederhana besar dan tidak melekat.
5. Susun ayam, kentang, terung dan bunga kubis di dalam periuk. Masukkan
    beras ke dalam periuk dan tekankan beras supaya lebih mampat.
Susun dalam periuk

6.Letakkan sebuah mengkuk kecil di bahagian tengah beras dan tuangkan
   perlahan-lahan air rebusan ayam yang disediakan (4 1/2 cawan).Tutup
   dengan tudung periuk.
Padatkan beras

Tuang air rebusan perlahan

7.Masak dengan api sederhana sehingga nasi menjadi kering. Guna api paling
   kecil dan masak sehingga nasi masak.
Masak atas api

8.Terbalikkan periuk perlahan-lahan ke dalam bekas besar.
Hasilnya selepas diterbalikkan- warna cerah tanpa
rempah tambahan

Hasilnya selepas diterbalikkan - warna gelap sikit
sebab ditambah all spices.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...