Berkunjung Ke Jeddah
Selepas melaksanakan Tawaf Wida kami terus keluar dari hotel untuk mengambil kereta di Kudai Parking. Kami menaiki kereta menuju ke Jeddah yang jaraknya lebih kurang 80 km dari Mekah. Lebuh raya yang besar memudahkan perjalanan ke sana.
Mercu tanda yang cukup popular
ketika di dalam perjalanan dari
Jeddah ke Mekah atau sebaliknya.
Mercu tanda ini juga kelihatan
semasa memasuki Jeddah.
Sesat beberapa kali
ketika mencari hotel
ini. Terasa Jeddah
begitu luas tapi tidak
teratur seperti Riyadh.
Bilik yang luas dan
selesa mengurangkan
sedikit rasa penat
mencari.
Ingin mencuba makanan
restoran Thai berdekatan
hotel tetapi masih ditutup.
Jadi makan di kedai
Indonesia. Ramai juga orang
Arab yang makan di sini.
Ada satay udang.
Esoknya bersiar-siar di sekitar
Corniche Jeddah setelah sesat
malamnya. Di sini terdapat
Masjid Terapung yang
menjadi tempat singgah
jemaah haji/umrah yang akan
pulang ke tanah air. Ada
beberapa masjid lain yang
dibina hampir dengan pantai.
Banyak pokok kelapa di sekitar
pantai di sini. Laut Merah yang
luas terbentang hanya boleh
dipandang. Banyak alga hijau
dan batu-batu di dalamnya.
ketika di dalam perjalanan dari
Jeddah ke Mekah atau sebaliknya.
Mercu tanda ini juga kelihatan
semasa memasuki Jeddah.
Sesat beberapa kali
ketika mencari hotel
ini. Terasa Jeddah
begitu luas tapi tidak
teratur seperti Riyadh.
Bilik yang luas dan
selesa mengurangkan
sedikit rasa penat
mencari.
Ingin mencuba makanan
restoran Thai berdekatan
hotel tetapi masih ditutup.
Jadi makan di kedai
Indonesia. Ramai juga orang
Arab yang makan di sini.
Ada satay udang.
Esoknya bersiar-siar di sekitar
Corniche Jeddah setelah sesat
malamnya. Di sini terdapat
Masjid Terapung yang
menjadi tempat singgah
jemaah haji/umrah yang akan
pulang ke tanah air. Ada
beberapa masjid lain yang
dibina hampir dengan pantai.
Banyak pokok kelapa di sekitar
pantai di sini. Laut Merah yang
luas terbentang hanya boleh
dipandang. Banyak alga hijau
dan batu-batu di dalamnya.
Jeddah yang terletak di pinggir Laut Merah merupakan bandar kedua terbesar
selepas bandar raya Riyadh. Ianya juga menjadi pintu masuk utama ke Mekah
yang datang dengan kapal terbang dan menjadi pelabuhan terpenting di Arab
Saudi. Banyak tarikan pelancong terutamanya di sekitar Corniche Jeddah.
Terdapat banyak kawasan bersantai di tepi pantai, taman permainan untuk
kanak-kanak dan juga sebuah akuarium. Restoran-restoran berasaskan
makanan laut juga banyak kelihatan di sepanjang pantai. Hotel-hotel juga
semakin banyak dibina bagi memenuhi keperluan pelancong.
Selepas keluar dari hotel kami terus bergerak untuk kembali ke Riyadh. Kami
sempat menjamu selera di Restoran Al Baik yang terletak di laluan lebuh raya
menuju ke Mekah. Kami tersesat dan akhirnya menuju ke arah Masjidil Haram
bagi mencari jalan keluar menuju ke Taif. Alhamdulillah kami tiba di Riyadh pada
pukul 2.30 pagi. Seminggu kami merentasi bumi Arab Saudi sejauh hampir
2500 km.
zias/riyadh/15
Tiada ulasan:
Catat Ulasan