Tahun pertama kami di
Riyadh, aku dan Saffura tidak berpeluang menikmati makanan kegemaran keluargaku ini. Laksa menjadi hidangan yang mesti disediakan oleh emakku pada hari raya pertama. Kebanyakan yang datang mahu makan laksa yang disediakan tanpa belacan itu. Ketupat palas, lemang bersama rendang dan kari daging tidak dipandang oleh anak-anak , cucu-cucu dan cicit-cicit arwah ayahku. Paling enak apabila laksa dimakan bersama cucur udang khas yang akan digoreng oleh anak saudaraku, Emy. Mengherankan hidangan ini tidak jemu dimakan bukan sahaja di hari raya bahkan sepanjang masa. Memang ' hantu laksa betoi' , gelaran untuk kami sekeluarga. Kuah laksa yang lebih juga enak dimakan bersama bihun goreng atau mee goreng. Hanya orang Utara sahaja yang tahu rahsia ini.
Semasa pulang bercuti tahun lepas aku meminta acuan laksa dari emakku kerana laksa kering yang menjadi bahan utama memang tidak ada di Riyadh. Aku pernah membantu emak saudara
membuat laksa beras apabila Teh datang ke rumahku. Dengan sedikit semakan
dari beberapa laman blog dan facebook aku berjaya menghasilkan laksa beras yang sedap dan
bersih. Kuah laksa pula mampu menghasilkan rasa yang enak walaupun aku tidak menggunakan bunga kantan dan daun kesum. Dua bahan ini memang tidak ada di Riyadh, kebanyakan sahabatku di sini membawanya dari Malaysia dan menyimpannya di ruang beku peti sejuk masing-masing.
Bismillahirrahmanirrahim.
Resepi Laksa beras
Bahan2:
2 cawan tepung beras
2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung kanji/ubi kayu
Air panas
Cara Membuatnya:
1. Campur
kesemua tepung dalam sebuah mangkuk besar.
Tuangkan air panas dan kacau dengan senduk kayu sehingga sebati. Biar sejuk.
2.Gaul dan uli tepung sehingga menjadi doh. Jangan terlalu lembut dohnya sebab laksa
mudah putus walaupun senang menekan di dalam acuan.
3.Masak air di dalam sebuah periuk sehingga mendidih. Masukkan doh
ke dalam acuan laksa dan tekankan terus ke dalam air yang
sedang mendidih.
4.Laksa masak apabila terapung. Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
Setelah semua habis dimasak , bilas laksa yang terhasil dengan air sejuk.

Biar doh keras sedikit supaya boleh ditekan dan diletakkan di dalam bekas seperti ini sebelum direbus di dalam air. Laksa susah untuk putus dan lebih kenyal. |
4.Laksa masak apabila terapung. Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
Setelah semua habis dimasak , bilas laksa yang terhasil dengan air sejuk.
Resepi Kuah Laksa
Bahan2:
1 kg ikan kembung
(Boleh guna ikan Tongkol/kayu lebih mudah prosesnya)
Bahan2:
1 kg ikan kembung
(Boleh guna ikan Tongkol/kayu lebih mudah prosesnya)
Sedikit ikan bilis
3 batang serai
1 inci lengkuas
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering
4 keping asam keping(Tambah jika suka masam)
Air secukupnya
Garam
Cara Membuatnya:
1.Ikan dibersihkan dan direbus bersama garam dan asam
keping. Sejukkan.
2.Pisahkan isi ikan dari tulang dan kepala ikan. Mesin
berasingan. Isi ikan dimesin tanpa air.Ketepikan.
Mesin tulang dan kepala ikan bersama dengan
secawan air.Tapiskan dan dicampur bersama air
rebusan ikan tadi. Jika guna ikan tongkol, ambil isi
ikan sahaja.

3.Ikan bilis, bawang besar, bawang putih, cili kering,lengkuas
dan serai dimesin halus.
4.Masukkan semua bahan mesin ke dalam sebuah periuk
bersama isi ikan, air rebusan ikan, asam keping dan garam.
Masukkan daun kesum dan bunga kantan yang dipotong empat
(jika ada). Masak sehingga terbit bau.
Resepi Cucur Udang (untuk laksa)
Resepi ini adalah dari Kakak Iparku Pn Jamilah Md Taib.
Bahan2
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
3 cawan air
garam dan kunyit
Udang hidup atau geragau pun boleh (tak letak
pun takpe)
Minyak masak
Cara Membuatnya:
1. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
2 .Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan adunan
ke dalam kuali di bahagian tepi kuali yang terendam
dalam minyak. Pastikan supaya lapisan yang terbentuk
nipis supaya lebih ranggup.
3. Angkat dan toskan minyak. Simpan dalam bekas kedap
udara apabila sejuk. Boleh disimpan beberapa hari
kalau tak habis le.
Bahan Tabur
Hirisan timun,salad, bawang besar,cili merah/cili
padi
Daun pudina.
Daun pudina.
Cucur Udang
Hmmm...sentiasa suka3 |
Bihun goreng makan dengan kuah laksa - orang Utara saja yang tau betapa lazatnya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan