Rabu, 10 Jun 2015

Dapurku D'Riyadh (17) - Nasi Impit dan Kuah Lodeh


Semenjak aku mampu memyediakan nasi impit sendiri, keinginan untuk mencuba juadah yang dimakan bersama nasi impit menjadi-jadi. Apatah lagi kami sudah berjumpa kedai untuk membeli  tempe yang segar dari Toko Banyuwangi  yang terletak di Exit 5, Al Ghadeer, Riyadh. Tauhu pula kami beli di Tamimi Market kerana rasaya lebih kami sukai berbanding yang dijual di toko tersebut. Dulu semasa kami masih tinggal di kawasan tersebut, kedai ini belum beroperasi. Ketiadaan perut tauhu dan daun kunyit tidak menjejaskan rasa kuah lodehku. Resepi ini asalnya dari emak mentuaku tapi seperti biasa bila dah diwarisi, aku akan mengubahnya mengikut  mood atau kelengkapan bahan-bahan.  Ubahsuai yang aku buat ialah dengan menumis bahan-bahan kisar terlebih dahulu. Masalah memasak lodeh ialah kita terpaksa mengacaunya sentiasa dengan menggunakan api yang perlahan. Aku telah mencipta sendiri kaedah yang menyenangkan aku memasaknya tanpa menggunakan masa yang lama.

Bismillahirrahmanirrahim

Kuah Lodeh

Bahan2:
1 mangkuk kecil tempe yang dipotong dan digoreng
1 mangkuk kecil tauhu yang dipotong dan digoreng
1/2 biji kelapa yang diasingkan santan pekat dan cair
2 sudu besar ikan bilis
Kacang buncis secukupnya
1 batang lobak merah
1 biji kentang (saiz besar)
2 biji cili hijau
2 biji cili merah
1 bungkus jagung muda
1 biji bawang besar
3-5 ulas bawang putih
½ inci halia
Serbuk kunyit
1 batang serai
Sedikit minyak dan garam secukupnya
Sedikit soo hoon(direndam hingga kembang)
1 sudu kecil jintan manis(jika rajin)
1 susu kecil biji rempah(jika rajin)
1 helai daun kunyit(jika ada-tiada di Riyadh)

Cara Membuatnya:
1.       Kentang dibuang kulit, dipotong dadu dalam saiz sederhana kemudian
  direbus hingga lembut. Air rebusan disimpan.
2.       Kisar 1 biji bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan halia.
3.       Jintan manis dan biji rempah ditumbuk sehingga agak halus.
4.       Semua sayur dipotong mengikut bentuk dan saiz yang disukai.
5.       Panaskan sedikit minyak dalam sebuah periuk yang sesuai dan masukkan
  serai yang diketuk,kacau sebentar.
6.       Masukkan semua bahan yang dikisar , bahan yang ditumbuk , kunyit 
        serta garam. Masak sambil dikacau sehingga naik bau.
7.       Masukkan lobak merah dan kacau lagi. Masukkan santan cair dan
  bersama kentang dan air rebusannya, masak hingga mendidih.
8.       Masukkan tempe, tauhu, jagung muda,kacang buncis,cili dan daun kunyit.
  Kacau dan masak sehingga semua sayur lembut.
9.       Masukkan soo hoon ,masak sekejap.
10.   Akhir sekali masukkan santan pekat, perlahankan api. Kacau dan tutup api
  apabila kuah mendidih perlahan.
11.   Alih periuk ke tempat lain bagi mengelakkan panas yang boleh m
         menyebabkan kuah lodeh pecah minyak
12.   Boleh dimakan bersama sambal ikan bilis.


 Nasi Impit

Resepi ini diberi oleh Pn Hjh Wan Salisa, sahabatku di Riyadh. Aku tidak perna
berjaya membuat nasi impit dari resepi yang diambil dari blog. Alhamdulillah
aku tidak perlu lagi membeli nasi impit jenama Adabi yang popular itu.
Walaupun nampak mudah tapi nisbah air dengan beras sangat 
penting. Begitu juga dengan jenis beras, aku memang tidak menyangka boleh 
menyediakan nasi impit dengan beras basmati. Mafi Mushkila.

Nasi impit dah siap

Bahan2:

2 cawan beras basmati
6 1/2 cawan air
( Jika beras biasa nisbah 1:3)
Sedikit garam

Cara Membuatnya:

Masak ketiga bahan di dalam sebuah periuk
yang sesuai sehingga hampr kering. 
Semasa masih panas, lecek supaya nasi hancur dan halus
Masukkan ke dalam bekas yang sesuai yang dia alas plastik cling
atau kain bersih.
Tekan nasi sehingga agak kejap.Tutup dengan plastik/kain.
Tutup dengan penutup yang sesuai seperti tudung periuk.
Letakkan benda berat di atasnya supaya nasi impit jadi lebih
mantap.


Makan dengan sambal tumis lagi sodap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...