Pertama kali
terlihat burung Puyuh di Sadhan. Saffura memang suka makan burung puyuh goreng.
Kemudian dijual pula di Panda Hypermarket, jadi lebih kerap la kami membelinya.
Kali ini saiznya lebih besar dan kelihatan sangat bersih. 6 ekor berharga SR15. Aku guna resepi ayam goreng berempah untuk menyediakan burung puyuh goreng berempah pula. Aku malas mahu menyediakan nasi lemak lalu aku cuba resepi hentam saja la
..iaitu nasi saffron, tiba-tiba sedap pula so boleh dikongsikan.
Bismillahirrahmanirrahim
Resepi Burung Puyuh Goreng Berempah
Bahan2:
6 ekor burung
puyoh
3 batang serai
1 ½ inci halia
3 ulas bawang
putih
1 biji bawang
besar
1 inci
lengkuas
(serai,lengkuas,halia,dan
bawang dikisar halus)
Garam secukup
rasa
1 sudu besar
serbuk kari ayam jenama Adabi
1 sudu kecil
serbuk cili
Serbuk Kunyit
Garam
Minyak masak secukupnya
Daun kari
Daun kari
(Gaulkan semua
bahan kisar, serbuk kunyit,serbuk kari, serbuk cili
dan garam dan
perap, lebih lama lebih baik)
Cara
membuatnya:
1.Panaskan minyak dan goreng burung puyuh sehingga kekuningan.
2.Masukkan daun kari ketika menggoreng
Resepi Nasi Saffron
Bahan2:
2 cawan beras
basmati(dibersihkan dan direndam 30 minit-toskan)
2 sudu besar
minyak zaitun
½ biji bawang
besar- didadu
2 ulas bawang
putih-hiris nipis
Sedikit halia
dihiris nipis
Sedikit air
rebusan daging(jika ada)
Beberapa helai
saffron
½ sudu kecil
pewarna saffron
(saffron dan pewarna saffron direndam dalam air panas)
1 sudu besar air mawar
(saffron dan pewarna saffron direndam dalam air panas)
1 sudu besar air mawar
1 sudu besar
minyak sapi/mentega
Air dan garam
Penumis: 1 kulit kayu manis,1 bunga lawang,3 bunga cengkih
5 buah pelaga
Penumis: 1 kulit kayu manis,1 bunga lawang,3 bunga cengkih
5 buah pelaga
Cara
membuatnya:
1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk. Masukkan penumis
kemudian masukkan bawang besar dan masak sehingga kekuningan.
Masukkan bawang putih dan halia dan sedikit garam.
kemudian masukkan bawang besar dan masak sehingga kekuningan.
Masukkan bawang putih dan halia dan sedikit garam.
2. Masukkan beras dan kacau selama 2 minit.
3. Masukkan air rebusan daging dan air biasa dengan sukatan 3 cawan
(untuk beras basmati: nisbah air dengan beras ialah 1 cawan beras: 1 1/2
cawan air). Tambah garam jika perlu.
4.Masak nasi sehingga kering. Masukkan air mawar dan saffron yang
direndam tadi. Tutup periuk dengan penutup dan guna api paling
kecil. Biarkan sehingga nasi betul-betul masak dan kering.Taburkan
minyak sapi/mentega. Biarkan.
5.Gaul sebelum dihidangkan supaya nasi menpunyai dua warna,putih dan kuning.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan