Nasi kabsah
memang popular di Riyadh. Ianya makanan yang digemari sekitar Teluk Arab
sehingga ke Pakistan dan India. Masih teringat sewaktu mahu mencuba resepi yang
dijenguk dari pelbagai blog yang menyajikan resepi nasi ini. Sehingga aku tidak
malu bertanya kepada kenalan yang baru aku kenali yang berasal dari Palestin. Jangkaku pasti
semua orang Arab boleh masak nasi Arab.
“Apa nama bahan
yang menjadikan nasi kabsah begitu harum dan berbau enak ya,” tanyaku pada
Hadeel di suatu malam ketika kami sedang duduk berbual di taman yang agak luas
berhampiran dengan tempat tinggal kami.
“Oh!Maaf saya
tidak pasti sebab saya tidak pernah masak nasi kabsah,” jawab Hadeel dengan
begitu selamba sahaja. “ Saya jarang masak nasi kami lebih suka makan roti,”
sambungnya lagi.
Jawapan Hadeel
tidak menghalang aku dari terus mencari resepi nasi tersebut. Melalui
pencarianku melalui blog, buku resepi dan rancangan televisyen, aku mampu
mencipta resepi sendiri yang lebih mudah untuk disediakan. Bau enak nasi kabsah datang dari limau kering yang dimasak bersama nasi kabsah.
Bismillahirrahmanirrahim
Bismillahirrahmanirrahim
Nasi Kabsah Ayam Panggang
Bahan2:
Bahan2:
1 ekor ayam
bersaiz 800-900 g
2 cawan beras
basmati dibasuh dan direndam 30 minit
2 biji bawang besar(dadu)
½ inci halia
5 ulas bawang
putih
1-2 sudu rempah
kabsah(lebihkan jika mahu )
3 helai daun bay
3 sudu besar
minyak sapi/mentega
2 sudu minyak
masak
3-5 biji cili
hijau
1 keping kulit
kayu manis, sekuntum bunga lawang, 3 biji bunga cengkih ,5 biji pelaga
1 biji tomato(boleh lebihkan)
1 sudu besar tomato paste (jika suka warna terang)
1 sudu besar tomato paste (jika suka warna terang)
3 biji limau
kering
Cara Membuatnya:
Resepi Nasi Kabsah
1.Panaskan minyak masak dan tumiskan penumis dan I biji bawang
besar sehingga naik bau.
2.Masukkan halia,bawang putih yang dikisar dan rempah kabsah,
kacau sebentar, masukkan sedikit air jika terlalu garing, kacau sebentar.
3.Masukkan sebanyak 3-4 cawan air serta daun bay dan biarkan mendidih
4.Masukkan seekor ayam yang telah dibersihkan ke dalamnya.

Pusing ayam supaya masak rata. Masak sehingga ayam
masak sepenuhnya, lebih kurang 20 minit.
5.Keluarkan ayam dari air rebusan tadi , toskan dan biarkan sejuk.
6.Panaskan minyak sapi di dalam sebuah periuk dan masukkan 1 biji
masak sepenuhnya, lebih kurang 20 minit.
5.Keluarkan ayam dari air rebusan tadi , toskan dan biarkan sejuk.
6.Panaskan minyak sapi di dalam sebuah periuk dan masukkan 1 biji
bawang besar yang didadu diikuti dengan bawang putih yang dipecahkan.
Masukkan tomato yang dipotong dadu.Kacau sehingga sebati.
Masukkan tomato yang dipotong dadu.Kacau sehingga sebati.
7.Masukkan beras yang telah dibersihkan dan goreng
rata selama
beberapa minit.
beberapa minit.
8. Masukkan 3 cawan air rebusan tadi diikuti dengan
buah limau kering,
biarkan mendidih. Apabila nasi kering Masukkan cili hijau dan perlahankan
api serta tutup periuk dengan penutup.
biarkan mendidih. Apabila nasi kering Masukkan cili hijau dan perlahankan
api serta tutup periuk dengan penutup.
9.Apabila nasi sudah masak boleh dimasukkan
kismis dan sedikit mentega/
minyak sapi untuk kelihatan berkilat.
10.Badam goreng boleh ditabur ketika menghidangkan
nasi.
Resepi Ayam Panggang
1.Lumurkan ayam dengan garam sehinga rata.
2.Sapukan minyak masak sekeliling ayam
3.Letakkan hirisan bawang besar dan
tomato(pilihan) di atas bekas pembakar
yang disapu sedikit minyak.
yang disapu sedikit minyak.
4.Letakkan ayam atas hirisan bawang dan tomato, bakar pada suhu 180-200 C
sehingga ayam kelihatan keperangan . Terbalikkan ayam untuk memastikan
kedua-dua belah masak garing.
sehingga ayam kelihatan keperangan . Terbalikkan ayam untuk memastikan
kedua-dua belah masak garing.
Ayam panggang ini dilumur dengan tomato paste,lada hitam, serbuk cili dan sedikit kicap |
Salata
2 biji tomato yang ranum
2 biji cili merah (boleh tambah cili padi jika mahu pedas)
Beberapa helai daun pudina/ketumbar
Garam
Sedikit bawang besar (pilihan)
Sedikit perahan Lemon
Sedikit bawang besar (pilihan)
Sedikit perahan Lemon
Mesin semuanya sekali tanpa menggunakan air.
1 biji tomato
2 biji timun hijau
Daun salad
Sedikit hirisan bawang besar(pilihan)
Lemon (pilihan bagi yang gemar rasa
masam)
1 keping roti Arab, disapu garam dan
minyak, dipotong kecil dan
dibakar dalam oven supaya ranggup(pilihan)
dibakar dalam oven supaya ranggup(pilihan)
Tomato, timun dipotong dadu, salad
dipotong nipis.
Gaulkan tomato, salad, timun dan bawang
bersama-sama.
Perahkan lemon dan taburkan roti arab
sewaktu mahu makan.
Salata dan salad adalah hidangan yang
perlu ketika makan dengan nasi arab.
Nasi Kabsah Ayam
Resepi ini sesuai di makan beramai-ramai. Bezanya resepi ini ialah kita
masukkan ayam yang dipotong ke dalam nasi yang dimasak. Ayam dan
nasi kabsah menjadi lebih berperisa dengan kaedah ini.
Resepi ini sesuai di makan beramai-ramai. Bezanya resepi ini ialah kita
masukkan ayam yang dipotong ke dalam nasi yang dimasak. Ayam dan
nasi kabsah menjadi lebih berperisa dengan kaedah ini.
1. Ayam dipotong kecil anggaran 8 – 10 ketul.
2. Kaedah memasak sama seperti di atas( langkah 1-8)tetapi ketulan ayam
yang telah direbus dimasukkan semula bersama air rebusan ketika memasak nasi.
yang telah direbus dimasukkan semula bersama air rebusan ketika memasak nasi.
3. Nasi dan ayam akan dimasakkan bersama-sama
sekali lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan