Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Kembara ke negara Eropah selama sebulan (24/6/2019 -25/7/2019) dengan berkereta merentasi sempadan 12 negara sejauh 9500 kilometer.
Perjalanan ke Switzerland diteruskan yang berjarak kira-kira 267 kilometer dari Nancy, Perancis melalui lebuh raya A35. Pengalaman menarik apabila melalui sebuah terowong yang merentasi pergunungan Vosges sejauh 6.95 kilometer dengan bayaran tol sebanyak 9.4 euro.
|
Selepas terowong kami berhenti untuk makan dan rehat. Masak ala kadar sahaja. |
Perjalanan seterusnya menyaksikan pemandangan ladang yang luas terbentang dengan kawasan pergunungan. Aku dapati banyak bangunan istana di atas puncak gunung tersebut. Itulah antara kehebatan negara Eropah yang penuh dengan istana dan gereja. Ada papan tanda menuju ke perkampungan terkenal di Perancis iaitu Colmar. Namun suamiku menolak untuk singgah.Huhu sungguh kecewa.
|
Istana nun di sana |
Tiba di sempadan dua negara iaitu Saint-Louis, Perancis dan Basel, Switzerland. Untuk masuk ke negara Eropah yang ke7 baru bertemu sekatan laluan antara dua buah negara. Paspot tidak pun diminta, hanya kami perlu membayar tol untuk menggunakan lebuh raya sepanjang berada di Switzerland yang dipanggil vignette sticker. Ianya ditampalkan pada cermin hadapan kereta sepanjang berada di Switzerland. Berharga CHF40 dan laku dalam tempoh setahun.
|
Petugas siap hulurkan mesin kad kredit untuk bayaran..memudahkan urusan sungguh depa nih. |
Inilah negara yang paling ingin aku kunjungi. Teringin sangat untuk melihat negara yang dinobatkan sebagai "The world's best country" dari segi ekonomi, kualiti kehidupan, sistem pengangkutan awam, eco friendliness, sistem pendidikan dan sebagainya.
|
Apartmen kami di Aarau. |
|
Pemandangan sekitar apartmen pun sudah cukup memukau. |
|
Buah ceri sedang masak ranum, pokoknya tidak jauh dari tempat tinggal kami. |
Hari ke 13 (7/7/2019)
Lauterbrunnen
|
Jalan utama dipenuhi resort dan kedai. |
|
Staubbachfall paling popular di Lauterbrunnen |
|
Pemandangan pusat bandar Lauterbrunnen dari Staubbachfall |
|
Air terjun Trummelbach juga terkenal dan boleh di masuki, siap ada lif lagi. |
Grindelwald
Dalam perjalanan balik kami singgah di Grindelwald. Perjalanan melalui jalan yang sempit di dataran yang agak tinggi. Sepanjang jalan adalah aliran sungai di mana airnya mengalir dengan deras yang berwarna biru putih. Hujan lebat menyambut kami jadi tidak dapatlah kami ke mana-mana sekadar menjamu mata dari dalam kereta. Pemandangan amat indah di sini, lebih cantik dari yang dilihat di Lauterbrunnen. Ramai orang Arab menginap di sini, resortnya pula nampak esklusif sangat.
|
Resort di Grindelwald. |
Interlaken
Berpusing-pusing sekitar Interlaken dalam keletihan, jadi kami tidak singgah di pekannya. Namun
sempat kami singgah berehat di Tasik Brienz yang luas dan cantik. Interlaken membawa maksud antara dua tasik iaitu Tasik Thun dan Tasik Brienz.
|
Tasik Brienz |
|
Keretapi |
|
Tasik Lungern |
Lucerne/Luzern
Ejaan berbeza namun ianya tempat yang sama. Hari semakin gelap namun jam sudah pun pukul 9.30 malam ketika kami singgah di sini. Parkir kereta berhampiran Planetarium tidak jauh dari tasik.
|
Tasik Luzern |
Hari 14 (8/7/2019)
Kami mengambil keputusan untuk ke Vaduz hari ini. Namun kisahnya akan menyusul kemudian. Pulang dari Vaduz kami singgah di Zurich.
Zurich
|
Mencari kedai untuk membeli sesuatu...mahal gile! |
|
Kedai beli barang ketika di Switzerland. |
Hari 15 (9/7/2019)
Bertolak ke Geneva.
|
Singgah di Laussane |
|
Apartmen terletak di Perancis berhampiran Geneva |
|
Kelihatan Kota Geneva dari kawasan apartmen kami. Ada ladang gandum yang luas sedang masak buahnya. |
Hari 16 (10/7/2019)
Sempat ke Evian yang juga terletak di Perancis yang terletak di pinggir Tasik Geneva.
|
Air Evian percuma, ambil je le buat stok. |
|
Letih |
|
Cantik juga bandar Evian |
Tasik Geneva
Tasik Geneva berbentuk bulan sabit dengan keluasan kira-kira 345 kilometer persegi. Merupakan tasik terbesar di Eropah dan melangkaui sempadan antara Perancis dan Switzerland. So, hari-hari kami berada Switzerland dan Perancis....waah.
|
Bangunan di Geneva ni sama je tingginya. |
|
Ada bahagian Tasik Geneva mempunyai pantai yang sesuai untuk mandi manda. |
Sambung lagi dengan Switzerland ya.
Travel, Tulis & Terbit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan