Ahad, 26 April 2020

Rasa Dapur KakJee (337) - Pulut Serunding Ikan


BismillahirRahmanirRahim


Awal bulan Ramadan adalah rahmat, 
pertengahan bulan Ramadan adalah keampunan, dan
penghujung bulan Ramadan adalah kebebasan dari api neraka.




Kuih tradisi ini juga dikenali sebagai Pulut Sambal terutama di daerah Kuala Kedah. Pertama kali makan aku sudah amat suka tapi jarang dijual di tempat tinggal aku. Ianya dibungkus di dalam daun pisang dengan begitu unik, puaslah aku mencari di google bagaimana cara membalutnya. Sayang sekali tidak ditemui. Jadi akupun balut ajelah, asal terbalut. 

Terlanjur dah ada stok Serunding Ikan, bolehlah main-main masak pulut serunding ikan pulak. Jom tengok resepi.

Resepi Pulut Serunding Ikan
Bahan2:
1/2 kg pulut  direndam 2 jam (guna pulut susu)
125 ml santan pekat
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar minyak masak

Serunding Ikan secukupnya
Daun pisang dipotong ikut saiz yang sesuai

Cara Membuatnya:
1.Kukus pulut selama 30 minit atau sehingga masak.
2.Campurkan santan, garam, gula dan minyak dan kacau supaya sebati.
3.Setelah pulut masak keluarkan dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Tuang santan sedikit demi sedikit sambil kacau pulut sehingga sebati. Biarkan 15 minit.

Gaul pulut dengan santan

4.Kukus semula pulut selama 20 minit.

Guna jala untuk mudah mengangkat pulut setelah masak...boleh juga guna kain net.

5.Gulung daun pisang supaya berbentuk corong.Masukkan serunding ikan dan diikuti dengan pulut.
Kemaskan bahagian atas dan gunakan lidi untuk menutupnya.Siap.


Pulut Serunding Ikan yang siap dibalut




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...