Selasa, 21 April 2020

Rasa Dapur KakJee (334) - Puding Roti & Sos Kastard


BismillahirRahmanirRahim



Resepi yang sering kita jumpa di hotel sewaktu high tea ini memang sudah lama ingin dicuba. Kebetulan ada roti yang begitu payah untuk dihabiskan. Stok bahan-bahan lain pun sudah sedia ada, apa lagi aku pun cubalah. Resepi ini diambil dari FB rasa. Memandangkan stok susu cair tidak mencukupi, aku ganti dengan susu segar untuk membuat pudingnya. Sedap!Bertambah lemaknya.

Resepi Puding Roti & Sos Kastard
Bahan2:
Puding Roti
5 keping roti putih Gardenia
2 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
3 sudu besar gula perang
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit sebuk kulit kayu manis
Sedikit mentega
Sedikit buah-buahan kering

Cara Membuatnya:
1.Sapu bekas dengan mentega. Koyakkan roti kepada bahagian-bahagian lebih kecil dan susun dalam bekas tadi.
2.Masukkan susu segar, telur, gula dan esen vanila ke dalam periuk dan kacau sebati. Masak atas api sehingga keluar wap/sekejap.

Masak sekejap

3.Tuang adunan ke dalam bekas roti, tekan-tekan supaya semua roti tenggelam. Taburkan buah-buahan kering diikuti dengan serbuk kulit kayu manis. Biarkan 10 minit.
4.Kukus sehingga masak. Biarkan sejuk.

Biarkan terendam semuanya.

Puding roti yang sudah  masak dan sejuk. Boleh dimakan begitu sahaja!


Sos Kastard
1 tin susu cair
1/2 cawan air
2 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula

Cara Membuatnya:
1.Campurkan tepung kastard ke dalam air. Kacau supaya rata.
2.Masukkan susu dan gula. Masak atas api sambil kacau sehingga sos menjadi sedikit pekat. Angkat.

Dah siap. Jom.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...