Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Kembara ke negara Eropah selama sebulan (24/6/2019 -25/7/2019) dengan berkereta merentasi sempadan 12 negara sejauh 9500 kilometer.
Hari
12 (6/7/2019)
Pukul 7.00 petang kami tiba di Hotel Cerise dari Luxembourg. Kembara kami di Eropah pada kali ini tidak melibatkan negara United Kingdom dan Paris, di Perancis kerana kami pernah ke sana.(Lihat cacatan : Bonjour Paris). Nancy menjadi tempat singgah dalam perjalanan ke Switzerland. Tidak disangka ada yang menarik di Nancy.
Hotel cerise. |
Nancy terletak dalam daerah Lorraine, tempat asal usul quiche yang popular di Perancis |
Awal pagi esoknya kami ke Old Town Nancy. Dapatlah melihat seni bina Perancis yang menjadi kebanggaan mereka pada zaman dahulu.
Pintu masuk ke Tapak Warisan Dunia UNESCO |
Ehmmm...Palais |
Palais du Gouvernement |
Laluan Place de la Carriera yang panjang dan luas. |
Kena lalu The Arc de Triomphe atau gerbang kemenangan |
Besarnya pintu gerbangnya |
Laluan selepas pintu gerbang |
Dataran Stanislas |
Patung Stanislas Leszczynski, Duke of Lorraine |
Bangunan bekas istana yang sudah ditukar fungsinya. |
Pagar diperbuat daripada wrought-iron yang mewah sekitar dataran |
Patung pun banyak |
Sekitar bandar berdekatan dataran |
Siap dengan taman. |
Sempatlah beli tanda mata |
Mudahnya nak main judi, ianya dijual di kedai-kedai. |
Kelihatan makcik muslimah. |
Jom isi minyak sebelum meneruskan perjalanan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan