BismillahirRahmanirRahim
Kita sedang melalui Fasa ke3 PKP yang dijangka berakhir pada 28 April 2020. Dengan penuh harapan kita doakan agar virus ini berlalu pergi.
Rindu pula dengan nasi minyak yang biasa dijamu sewaktu kenduri kahwin pada hujung minggu. Disebabkan selalu makan nasi minyak jadi aku tidak pernah membuatnya. Terasa pula tekak ini untuk menikmati nasi minyak yang lembut dan wangi dengan aroma daun pandan. Kebetulan aku mahu mencuba resepi ayam masak beriani, jadi keduanya aku satukan buat makan tengahari.Sedap! Resepi ini aku rujuk dari Blog Mat Gebu dengan sedikit olahan.
Resepi Nasi Minyak
Bahan2:
2 cawan beras basmati, direndam 30 minit dan ditoskan
3/4 cawan susu cair
2 sudu besar minyak sapi
4 sudu besar minyak masak
2 cawan air
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih *
2 inci halia* (bahan * dikisar)
Garam secukupnya
Secubit gula
4 sekawan (penumis)
Sedikit pewarna saffron
1 helai daun pandan
Sedikit kismis
Cara Membuatnya
1.Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Masukkan penumis dan bawang besar, kacau hingga bawang layu dan bau harum. Masukkan bahan kisar dan daun pandan. Kacau sekejap, masukkan air dan biarkan mendidih.
2.Masukkan susu cair, garam dan secubit gula. Apabila mendidih masukkan beras, kacau rata dan biarkan sehingga nasi kering.
Nak guna periuk nasi elektrik pun okay. |
3.Bila nasi kering, buat lubanag dan masukkan pewarna saffron. Masukkan kismis. Tutup dengan penutup periuk. Perlahankan api supaya nasi masak sempurna.
4.Gembur nasi perlahan-lahan menggunakan garfu. Siap untuk dihidang.
Selamat Mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan