Khamis, 29 Jun 2023

Salam Aidiladha 1444H

  BismillahirRahmanirRahim




                                          " Taqabbalallahu minna wa minkum "
 
                                      "Semoga Allah menerima amal kami dan kalian"

Syukur dapat meraikan Hari Raya Korban pada tahun ini dalam suasana tenang serta damai bersama keluarga tersayang. Walaupun dalam hati lebih senang beraya di kampung halaman bersama kakak-kakak, abang, adik serta ahli keluarga yag lain. Namun kita hanya mampu merancang.

Pun begitu aku agak berpuas hati dengan pengisian hari raya tahun ini yang selama ini tidak pernah aku merasainya.

Sehari sebelum raya aku agak sibuk menyediakan pelbagai juadah untuk hidangan hari raya.

Pertama kali juga berpeluang solat sunat hari raya di Surau Al-Siddiq yang tidak jauh dari rumah. Solat diadakan tepat pukul 8:00 pagi dan selesai apabila jam menghampiri angka 9:00 pagi. Kemudian aktiviti menyembelih 11 ekor lembu berlangsung. Kami terus balik kerana dah lapar.


Ada Kuah Lodeh, Kuah Kacang, Rendang Ayam, Nasi Impit, Pulut Kuning,
Ketupat kacang dan Kek Batik.

Ambik gambar selepas makan.

Teringin pula nak rasa daging korban, jadi aku ajak jiran yang bernama Su untuk Masjid Bandar Tun Hussein Onn. Waktu tu pukul 12:00, aktiviti memotong daging masih berjalan untuk sebanyak 14 ekor lembu yang dikorbankan.

Selepas solat Zohor kami menjamu selera makan tengahari iaitu nasi putih dan gulai kawah daging. Alhamdulillan syukur menikmatinya. Kemudian kami juga diberi sebungkus daging korban, rezeki jangan ditolak.

Sedap!

Ramai juga yag hadir.

Petugas sukarela


Tahun ni aku buat korban di Uganda  yang diuruskan oleh Dr Jamilah Jaafar dan suaminya yang merupakan warga Uganda. Alhamdulillah.













Ya Allah
Semoga dipanjangkan usia kami semua dalam keadaan sihat dan dimurahkan rezeki untuk terus membuat kebajikan dan kebaikan demi Islam. Aamiin.
Insya-Allah.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...