Jumaat, 30 Jun 2023

Rasa Dapur KakJee (421) - Ketupat Kacang Daun Pisang.


BismillahirRahmanirRahim





Usai menyediakan menu untuk sambutan Hari Raya AidilAdha, tiba-tiba teringat pula nak buat ketupat kacang. Dah petang, esok pula dah nak raya, mana nak dapat daun palas kan. Kebetulan buat pulut kuning supaya ada menu pulut, malas pula nak cari lemang.

Okey lah , aku pun ambil daun pisang di belakang rumah. Guna cara ni lagi mudah dan cepat.

Jom tengok resipi dan cara membuatnya. KakJee buat tak banyak, khas untuk diri sendiri aje, bukan apa teringat kacang dalam ketupat tu, haish terliur la pulak. 

Resipi Ketupat Kacang Daun Pisang.

Bahan2:

1 1/2 cawan beras pulut - direndam 2 jam
1/2 cawan kacang ketupat, direndam dan direbus sehingga lembut
1 kotak santan (250 gram)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Daun pisang - dilayur
Tali 

Cara Membuatnya:
1.Basuk beras pulut dan masukkan ke dalam periuk.
2.Masukkan santan, kacang, garam dan air. 
3.Masak sehingga separa masak sahaja.
4.Letakkan satu senduk pulut atas daun pisang dan balut seperti membuat kuih lopis.
5.Ikat dengan tali supaya ianya kemas dan tidak pecah.
6.Kukus sehingga masak.


Dimakan bersama gulai daging korban pada hari raya kedua. Yummy.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...