BismillahirRahmanirRahim
Bulan Rejab sudah pun muncul, alhamdulillah.
'Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, dan
sampaikanlah kami ke bulan Ramadan"
Aamin.
Ini kisah sewaktu aku bercuti di kampung pada bulan November 2021. Sungguh tidak disangka aku akan membeli sebidang tanah kecil sewaktu percutian tersebut.
Sebelum pulang bercuti, abangku yang aku panggil Abang Mat telah mengajak aku untuk membeli sebidang tanah lot yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Ini disebabkan tuan tanah tersebut hanya mahu menjual tanah tersebut jika pembeli membeli dua lot tanahnya. Jadi Abang Mat mempelawa aku membeli bersamanya tanah lot tersebut.
Sebenarnya tanah tersebut terletak selang dua lot dari rumahnya yang baru siap kira-kira setahun yang lalu. Rumah tersebut menjadi kediamannya jika Abang Mat ke kebun durian warisan ayah dan bonda yang terletak nun jauh di atas bukit. Ianya juga menjadi homestay kami sewaktu bercuti di kampung.
Mulanya aku malas juga nak beli tanah tersebut, memandangkan kami jauh di Selangor nun. Dah pencen ni , malas pula rasanya nak menambah harta. Namun minat terhadap kebun lebih-lebih lagi kebun durian memang ada. Teringin juga hendak memiliki beberapa pokok durian serta pokok-pokok buah-buahan lain.
Nak jadi cerita, terbekenan pula aku tatkala melawat tanah tersebut. Kenapa?Sebab ianya sudah penuh dengan pelbagai jenis pokok. Walaupun tanah tersebut sesuai untuk dibuat tapak rumah namun pemiliknya yang terdahulu buat kebun. Haish... berkenan pula. Lebih tertarik apabila melihat parit yang agak luas bersebelahan tanah tersebut.
Dipendekkan cerita, aku pun terus membelinya. Beberapa hari kemudian aku terus ke pejabat peguam untuk proses tukar nama. Proses seterusnya Abang Mat yang akan uruskan. Meh tengok tanah tersebut.
Ada pokok kelapa, dah berbuah pula tu. |
Tu rumah dan pokok durian jiran belakang. |
Penuh dengan pokok limau kasturi |
Pokok rambutan, ciku, durian belanda pun ada |
Tu rumah jiran sebelah tanah. Baru je buat rumah kat situ. |
Ini pula tanah Aang Mat, sebelah je dan lebih luas serta ada rumah kecil.
Pokok nangka |
Pokok petai |
Pokok kelapa yang dah tinggi |
Pokok rambutan |
Paritnya, besar juga, |
Sesuai untuk berkhemah ni. |
Pokok manggis pun ada |
Lapang |
Siap pakej sekali dengan rumah.Untung ooo. |
Hero-hero kesayanganku. |
Buat masa ni, biarlah jadi kebun dahulu. Ada juga niat di hati untuk buat homestay atau mini perpustakaan pada masa akan datang. Insya-Allah. Didoakan Abang Mat terus sihat dan dapat menikmati hasil tanaman yang diusahakannya. Aamiin.
Tak sabar nak balik kampung.
"Andai inginkan kebahagian setahun, semailah benih. Andai inginkan kebahagian sepuluh tahun, tanamlah pokok. Andai inginkan kebahagian 100 tahun, didiklah manusia."
Dari buku Kisah Pohon.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan