BismillahirRahmanirRahim
Susulan terbelinya kebun kecil di kampung, mulalah aku berangan-angan. Seronok juga berangan-angan ni, sebab ia percuma.
Semoga angan-angan ini dapat dicapai, membawa kebaikan dan disertai usaha yang berterusan. Bukan angan-angan kosong yang tidak memberi makna.
Ya, angan-angan untuk memiliki rumah kecil di kebun kecil. Untuk dijadikan rumah percutian sewaktu balik kampung untuk jangka waktu pendek. Seterusnya diusahakan agar ianya memberi manfaat untuk penduduk sekitarnya.
Insya-Allah aku mahu wujudkan sebuah perpustakaan kecil yang akan memuatkan pelbagai jenis buku termasuk buku-buku karyaku.
Mulai hari ini, setiap pendapatan hasil jualan buku akan aku gunakan untuk mencapai impian ini. Baru ada semangat terus istiqamah untuk travel, tulis dan terbit buku.
Sementara tu, meh layan design rumah yang telah aku kumpulkan daripada pelbagai sumber. Seronoknya.
Cantik kan!
Doakan impian ini dapat dicapai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan