Ahad, 4 November 2018

Rasa Dapurku (286) - Makaroni Bakar



BismillahirRahmanirRahim.



Makaroni memang sedap dimakan walau apa pun resepi. Makaroni Bakar antara resepi yang ingin sangat aku mencubanya. Akhirnya aku berjaya sediakan buat minum petang. Hujan yang turun setiap petang membuatkan selera sentiasa ada. Apa juga yang dimasak enak dimakan. Layan je la. Resepi ini aku ambil dari FB Resepi Masakan Terkini dengan sedikit ubah suai.

Resepi Makaroni Bakar
Bahan2:
1 cawan makaroni (direbus hingga kembut dan ditoskan)
1 cawan daging kisar jenama Ramly
2 sudu besar rempah kari jenama ADABI
1/2 bawang besar dipotong dadu
2-3 ulas bawang putih dikisar
Sedikit minyak untuk menumis
1 cawan susu cair + 1 cawan air
3 biji telur dipukul bersama sedikit garam
1 sudu kecil oregano
Sedikit bawang goreng
Garam secukupnya
Cheddar cheese
Daun bawang dan daun sup dihiris kecil

Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih dan bawang besar,kacau sehingga
   naik bau.
2.Masukkan rempah dan goreng sampai sebati dengan minyak dan masukkan sedikit air. Kacau lagi 
   sehingga rempah nampak pecah minyak.
3.Masukkan daging kisar dan garam.Kacau sehingga daging masak.
4.Masukkan susu cair, air dan bawang goreng.Masakkan sekejap sehingga sebati.Tutup api.
5.Masukkan daging yang dimasak ke dalam bekas pembakar yang sesuai. Campurkan dengan 
   makaroni yang direbus tadi dan oregano. Gaul supaya rata.Tuangkan telur di atasnya.
6.Taburkan daun bawang/sup dan letakkan cheese. Bakar dalam suhu 170 C sehingga masak 
   (40 minit).

   




Tak cukup makan sepotong...sedap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...